utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Khamis, 29 November 2012

PARTI PALING PENGECUT=UMNO


  Dalam  sebok berhimpon di PWTC ,dengan gah seentero malaya disiarkan ucapan dasar la, ucapan tak dasarla,Umno pandai mentakbir negara la ,umno kuat la,boleh kata semua nya berpehak pada umno ,dan yang buruk ada belaka kat pembangkang,
  Tapi satu la aku heran bila masa UMno ni masuk bertanding? Aku dah banyak kali mengundi tak pernah nampak pun lambang umno di kertas undi, macam mana boleh kata umno kuat ni?kalau kata Umno pengecut adala betui sikit,
  Kalau pengecut tu ,pengecut juga, dok tumpang berani dengan mca dan mic ja.aku rasa lakan kalau Umno ni bertanding betui menggunakan logo dia sendiri.dan ahli dia dah lama dah umno hilang didunia, lambang dia tu lama dah dok di muzium,

  Satu lagi aku heran PAU tu buat apa? Ceramah ka apa?aku ingatkan depa nak bingcang pasai ekonomi ka,pasai isu kapai selam ka,pasai altantuya ka,pasai gejala sosial masa kini ka,dan macam –macam pasai dan masaalah yang berkisar masa lani,rupanya depa pakat pi sana nak membeli belah pastu nak dengak ceramah ,lagi depa seronok dapat maki ,hina pemimpin pembangkang,pastu ada sekok dua lembu berucap “kita tidak sesekali menghina dan mencerca pihak lawan”tak cerca lagi sampai tara tu,
   Dalam dok seronok hina serta cerca pembangkang ,ada suara-suara mengajak pas menyertai Umno,kalau sungguh bagai dikata awat umno tak minta masuk pas? Ni maknanya umno takut kalau masuk pas pemimpin umno akan di letakkan di penginapan mewah sungai buluh,pasai umno ni apa yang depa tak buat.sebut saja,bunuh,rogol,rasuah,songlap sana songlap sini,serba-serbi ada kat depa.
   Pada pemerhatian akula  puak umno yang berhimpun di Pusat dagangan Dunia Putra(PWTC )pengecut belaka,lagi tinggi jawatan dalam parti lembu depa, lagi pengecut,depa mana berani tanya najib pasai pendedahan deepak ,depa mana berani tanya pasai pendedahan Musa Hasan,ada beranika? Mampuih tak berani,kalau kot bawah tu kot berani sikit,kalau hat dok pentas utama tobat tak berani!
   Hoih!!! Bukan main semangat pemuda dan wanita buat ucapan sampai ada yang keriau pun ada,punya la semangat,tapi lakan aku rasa PAU ni sesuai jugak kalau buat cari bakat pelakon,pasai puak ni pandai belakon,terutama sekali najib hoih kan main semangat dia,tapi dia sebenarnya takut pada kekalahan,yang betui-betui semangat muhidden,dia memang semangat .semangat untuk jatuhkan Najib,tu deepak dan musa hasan pun dia punya angkara aku perasan,UMno la katakan kalau tak cantas bukan Umno la namanya.
   Dalam banyak-banyak ucapan ,ucapan shahrizat jalin aku percaya pun,dia kata kalau Umno hilang kuasa kemunkinan tragedi 13 may berulang,pasai apa aku percaya? Pasai dia, kalau umno /bn kalah dalan Pru 13 ,orang-orang umno yang akan buat rusuhan ,depa tak bolehterima kekalahan depa,takkan pas,dap dan pkr nak buat rusuha kot,mesti yang kalah buat,tak pernah yang menang buat rusuhan,betui dak?
 Ok sampai tang ni dulu,bini aku dah perli ni ,dia hantak mai cucur bawang dengan ayak kopi o,apa nak kata hujan-hujan ni oopp! Dulu
Wasalam!!!!?

Rabu, 28 November 2012

APA YANG MACHA NI DEDAH?"LU BIKIN NAJIB TARAK BLEH TIDOK LA MACHA"


EKSKLUSIF Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.


Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

Ini bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada
tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.


Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.


Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.

Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara
menunggu jawapan mereka kepada permintaanMalaysiakini bagi mendapat komen.

"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.

"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.

Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.

Berikut adalah petikan wawancara Malaysiakini dengan Deepak
       malaysiakini

Sabtu, 24 November 2012

CERITA KEDAI KOPI - PENANGGUHAN PENGGAL


 Baru baru ini ada sekumpulan pengamal undang-undang Umno mengadakan mesyuarat di pulau lagenda pulau Langkawai,apakah hal dan masaalah yang depa pakat pi mesyuarat  di situ.ada kes apa?
 Dari sumber yang tak rasmi aku dengar depa ni pi bingcang dari segi undang-undang  pasai nak memohon penangguhan pilihan raya selama 6 bulan lagi,sama ada betui atau tak tu aku tak berapa pasti,tapi yang menjadi persoalah , kalau betui apa yang aku dengar ni,maknanya umno la ni dalam keadaan sangat takut untuk menhadapi pilihanraya 13.
  Kalaulah depa ni minta tangguh  6 bulan lagi maknanya penggal akan bersambung sampai bulan 10/ 2013 nanti.sepatutnya penggal  akan berakhir pada 28 april 2012,dan sekiranya piliharaya tak diadakan pada masa yang ditetapkan maka spr akan mengambil alih dan akan menentukan tarikh pilihanraya ke 13.
  Umno sangat takut dengan pilihanraya pada masa terdekat pasai depa tau rakyat melaysia rata-rata menolak depa,seluruh bangsa yang tinggal dalam Negara menolak parti umno/bn ni.jadi mau tak mau depa kena minta penangguhan,untuk mencari cara macam mana nak bagi rakyat sokong balik kat depa,dan segala setrategi dan fitnah akan timbui demi nak bagi menang,pasai tu la depa pakat mesyuarat apakah ada peruntukan yang membolehkan penangguhan penggal pilihanraya,
  Setau aku penggal pilihanraya hanya boleh ditanggukan kalau ada darurat?jadi aku nak pesan kat semua ahli pakatan rakyat agar jangan sesekali kita membuat perkara yang boleh diistiharkan darurat.pasai depa la ni dok cari jalan saja ,depa akan buat apa saja hat kita tak suka supaya kita buat rusuhan  yang boleh diistihar darurat,
  Dalam satu berita khabar angin hat aku dapat,adun-adun umno kedah menberitahu katanya parlimen akan digubarkan pada minggu ni,kompom katanya,
 Tapi jangan percaya sangat munkin depa saja nak bagi sedap ati kita,bila kita seronok dok dengar parlimen nak digubarkan depa senang buat kerja memohon penangguhan penggal pilihanraya,
 Untuk pengetahuan semua termasuk SKMM apa yang aku tulis ni bukan tuduhan tapi berita khabar angin,berita kedai kopi la,gitu.
oop! disini dulu!,orang umah panggay minun kopi o dengan cucuk kodok,kalau tak minum terasa hati pulak orang umah
last sekali jangan "pangkah Umno/Bn demi menyelamatkan malaysia tercinta"

Wasalam….!!

Ahad, 18 November 2012

1 + 2 = 3 ?????????



KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis. 

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya. 

Cabar Majlis Fatwa

Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.

"Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka.

"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.

"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"

"Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.

Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.

Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.

"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.

……………………..utara indah………………………………………

Tu satu soalah dari Abdullah Omar  dan aku pulak nak tambah dua soalan makanya jadilah 3 hampa yang baca pun boleh tolong jawab sat ,pasai majlis fatwa dan mufti takkan jawab ,jeng,jeng jeng ni dia soalan dari aku
1)jika majlis fatwa dan mufti yang mengetahui kerajaan yang menang cara penipuan,berdiam diri dan bersekonkol dengan depa .apakah gaji depa halal atau haram????
2)apakah hukum  mengundi dan memenangkan parti yang menipu ?
 Jawab jangan tak jawab

ni fatwa apaaa1

 Tu dia kalau dah nak mampuih macam -macam dah keluar fatwa ni di cedok dari fatwa masjidill haram. fatwa ni memang jelas betul? tapi yang tak betulnya pasai depa bubuh lambang kati senget,
awat kati senget ni parti baik ka?kerajaan yang dipimpin kati senget baik sangat ka? mai aku nak habaq apa kebaikan yang kati senget dan kerajaan dia pimpin buat,

kati senget sangat menjaga islam sampai parti dalam gabungan kati senget ni hina islam , depa akan duduk diam tak marah pun tambah sokong adala , MCA mana ada hina pun.baikkan?

kati senget ni cukup baik sampai anak beranak depa semua susah belaka ,mana ada kaya buang sorang,macam sharizat tu .mana ada perniagaan di luar negara,rumah mewah di luar negara lagila takdak,lembu lagi taktau bela.,baikkan

anak timbalan prasiden  depa mana ada pakai kereta mewah,apatah lagi pakai bodyguat kalu hampa nak tau naik gerek pun dia taktau., baikkan?

bini preseden depa mana ada pakai beg tangan mahal,cincin mahal,tak dak punya ,hampa tau dak dia pakai beg tangan harga RM 30 ja ,mana sampai RM puluh ribu pun cincin dia harga RM 28 ja sapa kata sampai 20 juta lebih,baik kan?

anak beranak depa mana ada kilang arak di filifina pun, kilang tu kilang minuman ja, tapi taktau macam mana boleh jadi mabuk,baikkan?

para pengikut parti depa mana ada baling batu kat bas parti lawan,cuma batu terpelanting dan kena bas nak buat macam mana? cerok cat lagi depa tak buat,kejadian tu berlaku secara kebetulan saja bas tu lalu depan kedai jual cat macam mana tak tau cat merah bergolek mai tengah jalan lori tindih tin cat tu,pas tu terperecik kena bas ,bukan salah depa. baikkan?

banyakla kalua aku nak tulih sampai pagi pun tak habih dia punya kebaikan hat depa buat..pasai tu dia gantung banner tu ,kah,kah,kah,kah.
orang gila pun kalau tengok banner tu gelak sampai berguling-guling.BANYAKLA DIA PUNYA BAIK!!!
para penyokong depa yang lebih teruk dari orang gila pun turut gelak sampai sawan babi,kah,kah,kah,kah
sepatutnya banner tu tulih macam ni "BERDOSA BERSEKONKOL UNTUK TIDAK  MENJATUHKAN KERAJAAN YANG TAK BAIK (BN/UMNO)" baru betoi 
 bye!!!!..?