utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Rabu, 31 Julai 2013

SAPA YANG SALAH?



PUTRAJAYA: Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.
"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.

----------------------------------------utaraindah-------------------------------------
  
 Eh,eh eh, tak boleh salahkan polis?habih nak salah sapa?makcik,pak cik felda?tok dan tokwan hat dok kampong?budak sekolah? Rela?bomba?dan segala macam lagi,
  Awat depa semua ni ada unit cegah jenayah ka?unit cegah jenayah berat penduduk felda,unit cegah jenayah tok dan tokwa
n kampong,pasukan ronda jenayah sekolah menengah, tak dak kan yang ada polis kot?
   Sejak sebulan dua ni banyak sangat kes bunuh menggunakan senjatapi yang kita dengar tapi kita jarang dengar polis tembak mati pembunuh upahan ni,jadi polis buat apa?ni maknanya senjatapi haram banyak kat dalam Malaysia ni,kot mana dia masuk?sapa yang perlu ambik tau pasai benda ni,takkan orang hat motong getah yang kena siasat, kot mana benda merbahaya ni masuk?
   Lagi satu kekurangan kelengkapan kata menteri,natang apa lagi yang tak cukup?takkan nak tambah keta kebai untuk ronda jenayah,munkin nak tambah pesawat tanpa pemandu untuk pantau kawasan,katanya nak tambah bagi banyak CCTV diseluruh Malaysia, banyak dah jenayah yang dapat dirakam CCTV  tapi adaka dapat tangkap depa ni semua?
 Apa yang  polis perlu ambik tau, kot mana senjata ni masuk dalam Malaysia?kot ayar,kot darat ataupun kot udara,lorong mana? Jalan mana?lubang mana?parit mana?baru la boleh cegah benda ni,aku rasa natang ni masuk ikut pintu sempadan,pasai kawalan sempadan kita longgak sangat,cua tengok lori siam masuk  hantar barang mai Malaysia,kalau depa simpan senjata api tempat duduk dereba pun lepas jangan kata senbunyi dalam barang,kereta,moto siam masuk sapa periksa?abih sangat nak Tanya bawa apa?,nak pi mana?ingat puak ni mai Malaysia dekat ka,kalau masuk ikut bukit kayu hitam bukan setakat jitra depa mai nuuu  johor tempat berenti,
Kalau tak salah polis mesti orang kampong yang salah,salah pangkah
Wasalam,,,,,