utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Jumaat, 4 Mei 2012

SEJARAH TERPINGGIR

 salam semua?
kali ni aku nak kabaqkan pasai satu sejarah yang tidak ada dalam mana-mana buku sejarah
    KESAN TINGGALAN P.K.M (PARTI KOMUNIS MALAYA) yang ni adalah setor simpanan barangan keperluan ,dulu masa mola-mola aku sampai pintu stor ni ada lagi,pintu dia dibuat dengan besi,tapi semenjak -dua menjak besi buruk mahai,depa sapu bersih.
hat ni adalah gambak pintu masuk torowong ,aku tak pernah masuk terowong ni pasai aku seram sangat,kat dalam tu gelap gulita.aku pernah jumpa dengan orang yang pernah masuk depa kata dia akan keluar sebelah sana bukit,di penghujung terowong ni depa kata ada pagak besi,


ni gambak budak-budak yang pi  dok dalam stor,keadaan dia gelap tapi camera ada flash nampak cerah la..ada hampa kenai ka?salah sorang dari depa tu.
       gambak bawah ni adalah tulisan yang tertera di siling stor,aku nampak macam tulisan cina,tapi tulisan dia tak berapa jelas ,maklomlah dah berapa lama dah 




ni pakat jalan nak pi stor,dalam perjalanan tu jumpa satu lagi trowong ,tapi hat ni  dah tekambuih dah ,cuma ada lubang kecik ,bila di suluh rupanya trowong ni sama besak dengan trowong hat tadi,besak dia boleh masuk dengan kereta
          semua yang aku tunjuk ni adalah kawasan perlombongan bijih kachi yang terletak di Bukit Kachi Sintok Kedah,ramai orang kedah tak tau tempat ni,orang yang berdekatan pun ramai tak tau .
bijih kachi adalah bijih besi,jarak untuk sampai di trowong ni lebih kurang 10 km dari UUM,dulunya terletak dalam hutan tebal tapi la ni kawasan pinggirnya telah diteroka secara haram ,dan besak kemunknan tak dak dah terowong ni ,walaubagaimanapun aku nak pi sekali lagi dalam waktu terdekat sama ada masih ujud atau sudah tiada
    kalau nak diikut kan di kawasan ni ada banyak terowong ,tapi macan hat aku kata tadi la, semua dah musnah,ada juga yang kata lombong ni ada kebenaran dari pihak kerajaan ,aku tak nafi benda ni tapi satu soalan yang timbui dalam pala hotak aku.,pada zaman tu mana ada sapa boleh sampai tempat ni ,pasai tempat ni adalah kawasan komunis bergiat aktif ,aku juga mejangkakan tempat ni salah satu dari tempat pancaran siaran radio komunispada satu ketika dahulu, rodio ni dinamakan radio malaya peking,aku masa kecik dulu dalam tahun 70 an ,selalu aku dengar radio ni , dia kurang jelas ,kebanyakan DJ dia wanita,bertutur dalam bahasa melayu tapi pelat cina ,lagu yang masih aku ingat dipasang masa tu lagu lenggang-lenggang kangong,
     radio ni selalu akan menceritakan pertempuran antara mereka dengan pihak keselamatan kita ,mereka memanggil anggota keselamatan kita dengan perkataan anjing kerajaan,sebagai contoh dia akan kata "pehak kita telah membunuh 7 anjing-anjing kerajaan"pada pemimpin negara mereka memanggil klik raman razak.ni maknanya menteri dibawah pimpinan tuanku abd RAhman dan Tun Razak,kawasan pertempuran  yang selalu dilaporkan dalam radio ni hanya 3 kawasan yang aku ingat iaitu SINTOK,BALING dan BANDING
 radio ni sentiasa berubah -ubah frikuansy,jadi aku dulu kalu malam, pusing siaran radio nak cari siaran last-last jumpa radio ni, radio dulu mana ada digital semua kena pulas,
     pada pengunjung yang nak tau lebih lanjut pasai radio ni boleh tanya orang tua-tua yang tinggal di kawasan berhampiran dengan kawasan kuat komunis iatu ,Perlis,changlon kodiang,baling dan kawasan grik perak.kalau hampa tanya orang berumuk lebih dari 60 tahun depa ni lebih arif pasai radio ni., tu pun kalu depa penah dengak,!
      berbalik pasai gambak di atas tadi,aku nak bagi tau kat hampa semua hat dok baca ni,depan terowong tu ada bekas konkrit dari simen tapi straktur binaan dah ghreban dah tinggai serpihan saja ,lebih kurang  150meter dari terowong ni ada kawasan penenpatan pasai apa aku kata kawasan ni kawasan penenpatan .pasai kawasan ni ada lagi tiang dan tapak bagunan serta serpihan simen,apa yang penah aku jumpa kat tang tu adalah batu proses beras/tepung ,batu sama macam batu orang tua kita dulu buat tepung hat kena pusing tu.boleh tau kot?lebih senang batu pengisak tepung,tapi hat ni saiz dia besak aku ingat 6 kaki ada pa. .terdapat di situ juga sebiji kolam dari simen,serta serpihan pinggan mangkok dan botol-botol,tapi semuanya made in china,termasuk botol-botol ubatan ,tarikh yang pernah aku jumpa di botol yang aku kutip bertarikh 1921.dan botol dia pulak tak macam botai la ni,botoi depa unik sikit  ada segi-segi ada 6 segi,ada 8 segi ,ada yang melengkong dan macan-macam lagi la.
                bagi sapa sapa yang ada kot dekat dekat Sintok ,changlon,kodiang dan bikit kayu hitam kalau hampa tak pi masa la ,aku rasa hampa rugi pasai apa bukan senang nak boleh tengok benda macam ni,kalu ada sapa-sapa nak pi ,tapi tak tau tempat boleh email aku :-taraindah@yahoo.com
             

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa-apa pun pi tengok dulu adak lagi ka?

tok tenun berkata...

nanti sat,aku tengah sibok ni,ada lapang aku pi tengok