utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Khamis, 7 Jun 2012

HARGA MINYAK DAH TURUN

Semalam Menteri kewangan kedua Datuk seri Ahmad husni Hanadzlah mengumumkan penurunan harga minyak RON 97 di pasaran dari 2ringgit sembilan kupang (RM 2.90) ke 2 ringgit lapan kupang (RM 2.80) berkuatkuasa 7/6/2012
   dia kata minyak ni turun pasai harga minyak mentah dunia turun pada paras USD 100 setong.tapi yang jadi masaalah kat kita pasai pa RON 95 hat kita dok bubuh tiap-tiap hari tak turun pun,lagi satu aku nak tanya hampa, berapa kali hampa isi minyak RON 97 ni ? orang lain aku tak tau tapi bagi aku memang tak besa bubuh pasai dia mahai sangat 2.80 ooo seliter,
   pada 1 ogos 2010 kerajaan tidak membenarkan pengusaha stesen minyak menjuai minyak RON 95 kat kenderaan asing,kononnya minyak RON 95 dibagi subsidi sebanyak RM 1.63,dan hanya bagi beli minyak RON 97 yang harga mahai .pada harga ikut dunia kata depa.tapi yang heran sangat dalam kepala aku ni betui ka RON 97 ikut dunia? dan tak bagi pelepasan cukai?
   turun sekupang banyak orang kampung seronok.seronok apanya paklong ooi kita bukan guna sangat minyak ni mahai tau.berbalik pada harga tadi cua hampa kira tengok harga RON 95 RM 1.90 campuk dengan subsidi RM 1.63 dah jadi RM 3.53.jadi pasai apa RON 97 dijuai pada harga RM 2.80.kata tak dak subsidi tak dak pelepasan cukai patutnya lebih mahai dari RON 95 ni dak lebih murah ka ada.
   lagi satu betuika RON 95 tak boleh juai kat kenderaan asing? hampa caya ka ? cua hampa pi tengok stesen minyak kat bukit kayu hitam., changlon, arau.,padang besar,dan kawasan dekat-dekat  dengan sempadan ada depa bubuh minyak RON 97.minyak RON 97 ni depa buat hiasan saja dalam tanah takdak sapa nak bubuh,aku tau la aku selalu pi kawasan hat aku sebut  tu,dan selalu aku sembang dengan puak dari negara seberang dok bubuh minyak.
    ni  aku nak habak kat hampa harga minyak turun ni, saja nak bagi sedap bunyi saja padahai kita semua tak dak untung pun,pasai hat kita pakai tu haram tak turun pun,tapi kalu harga dia umum naik semua naik RON 97-95 diesel sekali.
 wasalam........

Tiada ulasan: