semenjak dua menjak ni kita selalu dengak pasai nak mansuh
PTPTN yang pembangkang dok wak-wak selalu, aku bila bercakap pasai benda ni di
kedai kopi ramai juga yang bersetuju tapi ramai juga yang tak setuju benda ni .macam-macam
sebab depa bagi .
Antara sebab hat
depa yang tak setuju PTPTN mansuh ,kata depa kalau hutang wajib bayak
balik,kalau dipikiaq memang betui ,hutang kalau tak bayak berdosa tu!!! Tapi
dia boleh tak bayak hutang kalau pehak yang bagi hutang tu halalkan
hutang,betui dak?mesti betuikan.
Masalah yang timboi
lani kerajaan yang bagi hutang. kerajaan lani ditunjanggi Umno/BN, tapi bukan
duit Umno punya, tu duit kerajaan,ingat baik-baik kerajaan yang bagi hutang !!!
tapi kalau lepas pilihanraya 13 nanti kerajaan dah bertukar dari BN kepada
Pakatan rakyat. maka masa tu kerajaan yang memerintah Malaysia adalah PR,jadi
kalau pr nak mansuh PTPTN ok la.makna dia pihak yang bagi pimjam tu dah
halalkan ,maka tak timbui la pasai hutang tetap kena bayak,hampa paham dak?
Masalah satu lagi
hutang mesti kena bayak!kalau tak bayak bedosa. Tu hat 1% tu faedah (depa tak
panggay faedah tapi upah pengurusan)tak bedosa ka?berdosakan sapa-sapa yang
amalkan riba dan sapa-sapa yang menyokong riba ,jadi sapa yang sokong ptptn di
teruskan macam biasa, ertinya dia bersetuju dengan riba la nama dia,
PTPTN ni sebenaknya
bukan nak bantu pelajak sangat tapi nak bantu syarikat yang buka university
atau kolej swasta ,pasai apa aku kata lagu tu!pasai dia! bila puak menteri
cakap pasai PTPTN depa akan kata bila PTPTN mansuh IPTS akan gulung tikak,depa
tak penah sebut pun pasai susah payah pelajak nak bayak balik pimjaman,hampa
penah dengak ka menteri kata pasai susah payah pelajak nak bayak balik
pimjaman?hampa ingat setahun dua ka kena bayak,15 ke 20 tahun oooo mampuih nak
bayak,pakai bayak hutang sampai mati la jawabnya,mau ka dak!PTPTN kena
bayak,kereta kena bayak,rumah,kena bayak,ayak kena bayak,lektrik kena bayak,nu
duit pembentongan kena lagi silap-silap ada cukai pintu lagi,anak nak pisekolah
kena lagi,banyak lagi la kena keluak duit,tapi kalau PTPTN dimansuhkan makna
dia kurang sikit beban tu,
Satu lagi perkara
yang depa dok cakap dikedai kopi “kalau PTPTN mansuh anak kita nak ambik duit
mana nak belajak”kalau dipikiaq betui juga no?pasai benda ni aku nak bagi tau
sikit .hampa dok tengok dah yang hat lepas tu budak-budak yang keluar IPTS ni
banyak ka dapat kereja?,ada la sorang dua kot! Yang lain balik kampong motong
jugak ,pasai apa jadi lagu ni?satu, puak hat buka IPTS ni ambik pelajak bukan
ikut sangat merit atau senang cakap bukan ikut pencapaian yang baik pun.yang
dia kira bagi ramai pelajak masuk, bila ramai pelajak masuk banyak duit masuk,
tu yang utama.awat depa tak pikiaq macam mana anak kita nak bayak balik PTPTN kalau dok motong kebun pajak atau
pawah?,pikiaq bab ni sama,nak jawab persoalan tadi tu!! Bila PTPTN mansuh depa
nak ganti dengan biasiswa,makna kata anak kita boleh belajak macam biasa jugak
la.Cuma pelajak ni tak dibebankan dengan hutang sampai mampuih saja
Satu tu kata kalau
mansuh PTPTN Negara akan bankkap(muflis) btui ka? Boleh jadi tu! Maklom la
banyak duit yang hilang pi kat budak-budak.ha!ha! cua hampa kira tengok ni hat tak mansuh pun berapa ekok
yang bayak?hampa ingat semua bayak ka?belambak hat tak bayak, tak pok(muflis)
pun,nu hat menteri bawak lari lagi banyak tak juga pok pun,perwaja la,NFC la,
MAS la,kapai selam la,pkfz la,apa
lagi?Kira banyak la senang.
Sapa-sapa yang anak
dia ada pimjam PTPTN dia tau la benda aku nak bagi tau ni,hampa dapat dak surat
dari PTPTN suruh bayak pimjaman padahai anak kita tak habih belajak lagi.
kadang-kadang ada setahun lagi belajak surat tuntut hutang sampai dah,betoikan?tu
kalu tak bayak hat 1% kira tu!! ,bagi sapa yang tak dak anak pimjam PTPTN ,cua
hampa pi Tanya depa hat ada anak pijam PTPTN betoi dak?
Masaalah lani
pelajaran untuk rakyat pun depa nak niaga,sepatutnya kerajaan wajib bagi
pendidikan percuma kat rakyat dia,dengan memperbanyakkan IPTA,ada jugak yang
kata nak buka IPTA makan modai banyak,memang banyak modai nak buka tu!tapi kos
yang jadi bertambah tu pasai depa jugak yang buat,kalau kos buat 100 juta tau-tau
naik jadi 300 juta ,yang 200j tu tak tau
pun pi mana?kalau pengurusan takbir yang cekap memang kos tak tara mana sangat
pun.
Ni ada satu pekara
aku nak habaq kat hampa ,pasai apa depa dok pertahan sangat PTPTN ni,cua hampa
siasat tengok IPTS yang ada kat Malaysia ni sapa tuan punya?kalau betoi-betoi
hampa cari hampa akan jumpa,semua keroni dan anak beranak depa belaka!!depa
bagi pimjam,last-last masuk kat pakit depa!! Yang kaya depa yang kayap rakyat
jelata.
Last sekali JOM KITA PAKAT SOKONG PR mudah-mudahan PTPTN
depa halalkan,awat?tak mau orang halal hutang!kalau orang nak halal hutang pun
tak mau memang bangang la namanya.
Wasalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan