utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Sabtu, 11 Ogos 2012

LAKI PUN TAK KENAI APA?


Hairan!!!! Sungguh hairan kalau seorang tu dia tak tau laki dia kerja apa ataupun bini dia kerja apa.perkara ni bukan lawak ni, tapi memang sungguh ni!tu mujuk dia tak tau kerja saja kalau nama laki dan anak dia tak tau sama lagi teruk,
 Aku paling heran macam mana dia ni tak tau kerja laki dia,tah-tah hat dia dok tidok dan dakap tu dia tak tau pun kata laki dia,heran,heran,heran!!! Tapi aku percaya dia mesti tau,segalanya tapi pasai terlalu nak reka cerita dalam perbicaraan dia kata dia tak tau.
Hampa tau ka sapa dia? Kalau hampa nak tau ni gambar dia
Kenai kan?takkan tak kenai kot! Sikit punya lawa pa?

Bernama melaporkan Shahrizat memberitahu
Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional sehinggalah diberitahu pada 2007.

Shahrizat berkata sebelum itu beliau tidak mengetahui bahawa Wan Shahinur Izran Mohd Salleh, 28, telah menjadi pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sejak Disember 2006.

'Tak ambil tahu urusan masing-masing'
   
Beliau mula mengetahui perkara itu apabila suami beliau, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail memberitahu mahu anak-anak mereka pulang ke tanah air dari luar negara untuk membantu menguruskan projek tersebut.
    
"Saya tidak tahu mengenai bidaan projek tersebut. Saya hanya tahu pada sekitar 2007 selepas suami saya menyatakan hasrat mahu anak-anak pulang ke tanah air untuk membantunya dalam projek ini.
    
"Ia berlaku selepas beliau (Mohd Salleh) telahpun memperoleh projek itu," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ranjit Singh dalam prosiding kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli.

Ranjit mewakili kedua-dua defendan.
    
Shahrizat turut menafikan mengetahui projek NFC lebih awal dan perbincangan mengenai NFC bukanlah atas kapasiti sebagai seorang menteri sebaliknya perbualan antara suami isteri.
    
Ditanya bukankah Wan Shahinur Izran masih terlalu muda untuk dilantik sebagai pengarah syarikat kerana baru berusia 22 tahun ketika itu, Shahrizat berkata ia tidak salah kerana anaknya telah tamat pengajian ketika berusia 19 tahun di Amerika Syarikat serta antara pelajar terbaik.

Katanya Wan Shahinur Izran tinggal bersamanya sejak 2004 dan dua lagi iaitu Wan Shahinur Izmir, 32, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, 26, berada di luar negara dan kembali ke Malaysia pada 2007 untuk menyertai NFC.
    
Tambahnya walaupun beliau, suami dan Wan Shahinur Izran tinggal sebumbung tetapi mereka tidak ambil tahu urusan kerja masing-masing.

Shahrizat: Mereka buatkan orang ramai salahkan saya

Shahrizat berkata beliau mula meneliti pembabitan ahli


 keluarganya dalam projek itu pada tahun lepas selepas

 tersiar di media dan meminta suaminya memberi penjelasan.
    
Ketika ditanya oleh Ranjit bahagian manakah di dalam


 kenyataan kedua-dua defendan sehingga memudaratkan 
dirinya, Shahrizat berkata: 

"Kata-kata mereka membuatkan orang ramai menyalahkan saya."
    
Di awal prosiding, mahkamah ditunjukkan tayangan video


 mengenai sidang media melibatkan kedua-dua defendan di bangunan Parlimen.

Tiada ulasan: