Salam semua?
Aku ada terbaca satu blog yang bertajuk
kerajaan kaut dana pilihanraya melalui saman trafic,perkara ni sebenarnya
terjadi juga kat aku cara kebetulah.pasai aku sendiri kena senarai hitam ,nak
bayar cukai jalan tak boleh,nak perbaharui lesen memandu tak boleh nak apa saja
yang bersangkutan dengan JPJ memang tak boleh.
Pada pagi tadi aku pi JPJ perlis untuk bayak
lesen memandu tapi malang, aku kena Blacklist,pastu aku pi semak di kaunter
saman ,maka timbuilah satu masaalah di JPJ,apabila aku disenarai hitam tapi
puak jpj tak jumpa saman yang dikeluarkan kat aku,semak punya semak depa kata
aku kena perentah timbang kenderaan,perentah tu pada tahun 2004 dulu,seingat
aku masa tu aku memang bawa lori kayu getah,dan aku ditangkap di persimpangan
Nopoh,dan penguat kuasa JPJ memberi surat perintah untuk aku pi timbang kat JPJ
alor setar.seingat aku ,aku pi timbang lori bersama muatan dan didapati muatan
aku tidak melebihi hat yang dibenarkan,maka aku dilepaskan tanpa sebarang
saman.
Yang jadi masaalah pasai apa tahun 2004
punya kes baru la timbui?dimana lori dan syarikat yang aku kerja tu melingkop
abihdah,pasai apa 2005 dan 2006 tak timbui?ni dah 2012 baru nak jengoi mai,masa
aku di jpj perlis pegawai tu ada kata kalau nak hilangkan Blacklist depa nak
buka saman baru,pas tu bayak RM300 selesai,aku tak setuju dengan cadangan depa
,aku kata kat depa pasai apa aku nak kena bayak sedangkan aku tak buat salah.
Esok aku kena pi JPJ kedah pulak pasai
masaalah ni.pegawai tukata kedah pun kena buka saman baru jugak untuk selesai
masaalah Blacklist,jadi aku kata kat pegawai tu kalau salah kami,kami bayak
kalau salah JPJ pun kami kena bayak juga ka?aku sambung sikit kalau lagu tu cik
pi tunggu tepi jalan tengok sapa lalu saman no kenderaan dia,tahun depan dia
kena blacklist nak selesai kes buka saman baru bayak RM 300 Kan senang,dia diam
ja.
Sok kalau aku kena saman aku ambik keputusan
untuk tidak mengaku salah dimahkamah dan akan minta dibicarakan,cuba lawan
dimahkamah sekali pi mai pun nak kena bayak,celaka sungguh.
Aku ingat betui juga la dengan blog tu kata
kerajaan kaut dana PRU 13 dengan duit saman,pasai dah lapan tahun baru coih
mai,aku punya kes bukan setakat lapan tahun timbui yang 17 tahun pun timbui
jugak tapi hat tu depa dah buang,masa tu aku bawak bas ekspress PPMP,dan saman
ni pernah timbui 10 tahun dulu sekali dan selesai dah ni timbui pulak,mujuk
boleh selesai kes tu tidak lagi haru,untuk pengetahuan hampa PPMP ni bankrap
kaalah pi dah hai,pengurus dia pun dah gol dah.jadi logik dengan apa yang blog
tu kata,kalau tak pasai apa la baru timbui,betui dak?
Yang aku heran
selama 8 tahun takan lori tu tak bayak cukai jalan,sedang kan lori tu aku masih
tengok dok beroperasi dijalan raya,Cuma tuan punya dah berpindah tangan
tak tau berapa tuan da berpindah,tu yang
heran macam mana JPJ boleh tukar nama dan bayar cukai jalan kalau lori tu masih
ada masaalah lari dari arahan timbang,setau aku apabila lori tu engkar arahan
JPJ,kenderaan tersebut tidak layak berada dijalan raya dan cukai jalan
disenarai hitam.
Sebenarnya ni
perancangan depa untuk kaut duit PRU dengan cara ni,timbuikan saman lama
,kebanyakan antara kita takkan simpan slip bayaran saman sampai lama ni tinggi
tinggi 2 kali lessen mati dia simpan,pastu dia bakar buang pasai tak dak
Blacklist,dan kalau lama macam ni mana kita boleh ingat sangat bayak ka dak!
Satu pesanan dari aku sapa yang kena saman slip bayaran
hampa simpan la baik-baik sampai mati, mana tau kot dia timbui balik kan haru
jadinya RM 300 ooooo!!! Lepas ni nak lulus undang –undang baru pulak bukan
RM300 lagi RM 2000 apa satu kesalahan,mampuih kita ……….
Wasalam…………………..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan