utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Ahad, 23 September 2012

ANTARA NAFI DAN AMARAN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

"Jangan kita layan," katanya lagi.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion)
.  

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.~ Malaysiakini
…………………………………UTARA INDAH…………………………………………
 Kalau perdana menteri kata lagu tu apa ertinya? Cua hampa teka tengok? Kalau hampa nak tau bila dia kata  lagu tu, makna dia, dia bagi amaran kat SPRM jangan siasat taib ni.bila dia kata lagu tu gamaknya berani ka SPRM nak siasat Taib Mahmud Ni? Berani menteri lain kata kena siasat?berani ka Ngo suruh siasat? Tentu sekali tak berani,nak buka mulut sebut Nama Taib Mahmud pun tak berani takut tersalah cakap,cua pikiaq sat pasai apa dia menolak dakwaan Taib Mahmud mengumpul kekayaan berbilion ringgit,sepatutnya dia kena serah kat SPRM untuk siasat dakwaan tu betui ka dak,ni tau-tau tolak, siasat dak lagi.
Cua hampa kira tengok RM 64 bilion banyak mana? ,banyak Ooooo! Bukan 64 ribu bukan 64 juta, ni nak bagi tau betapa banyaknya 64 bilion ni maknanya  100.000000(100 juta)ada 640 kali banyakkan?tu pun tah sampai kadak lagi, aku sendiri pun tak berapa pasti
Wasalam…..

Tiada ulasan: