Seramai 1,900 pegawai penguat kuasa dan
1,300 pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi
mengelak kenaikan harga makanan dan minuman berikutan pengurangan subsidi gula
sebanyak 20 sen sekilogram seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2013.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata berikutan pengurangan subsidi itu, pihak pembekal makanan dan restoran sepatutnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan.
"Langkah kerajaan mengurangkan subsidi gula sepatutnya dilihat dari segi kesihatan yang mana kerajaan ingin mengubah pengambilan gula berlebihan oleh rakyat di negara ini.
Kerajaan bukan sengaja kurangkan subsidi, sebaliknya ia dilakukan ekoran statistik rakyat di negara ini yang kerap mempunyai penyakit disebabkan pengambilan gula berlebihan," katanya kepadaBernama di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini.
Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Januari 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit gula RM2.30 sekilogram sehingga kini.
Tan berkata rakyat sebagai pengguna perlu membantu kerajaan dalam memantau harga makanan ekoran pengurangan subsidi tersebut dengan melaporkannya kepada pejabat kementerian.
"Rakyat adalah mata dan telinga kerajaan dan laporkanlah sekiranya berlaku kenaikan harga makanan yang tidak relevan kepada pihak kementerian," katanya.
Beliau berkata rakyat perlu tahu dan sedar bahawa pengurangan subsidi bukan bertujuan menambah beban mereka sebaliknya untuk kebaikan mereka sendiri.
"Rakyat perlu belajar dan mula mengurangkan pengambilan gula kerana terdapat keluarga yang mampu bertahan menggunakan dua kilogram gula untuk tempoh sebulan dua.
"Kurangkan sukatan dan pengambilan air bergas (minuman berkarbonat) dan mulakan cara hidup yang sihat dengan mengambil gula dalam kuantiti yang sedikit," katanya~malaysiakini

…………………………utara indah……………………………………………
Banyak sungguh pegawai ditugaskan untuk memantau kenaikan harga
makanan direstoran,tak dak ka pegawai untuk memantau kenaikan harga gula?
Harga gula pasti naik lagi pasai subsidi dah kena kurang,pasai
masalah naik harga gula depa menteri tak heboh dah la ni,pasai 3 dari 4 kilang
gula yang ada la ni sudah dimiliki oleh Felda,dulu masa kilang gula ditangan
raja gula, Tan
Sri Robert Kuok Hock Nien harga pada paras RM 1.20, nak naik sekupang,reyuih
seintero Malaysia, la ni apa dah jadi?bila syarikat gula dikuasai Felda,dalam
diam naik 2 kupang pas tu naik lagi naik,naik sampai lani dah jadi RM2.30.lepas
ni naik lagi,kata najib pasai nak kurang kandungan gula dalam makan, pasai gula
menyebabkan berbagai penyakit katanya,
Aku setuju pasai makan
gula banyak,berbagai masaalah kesihatan akan timbul,tapi takkan gula saja
kot?tu dengan adanya kelap malam,pup,pusat karaoke,pusat peranginan yang
terpencil,wakaf-wakaf di pusat rekriasi,penjualan kondom berleluasa,penjualan
pil pencegah kehamilan,minuman keras,dan macam-macam lagi,pasai apa tak ambil
kira pasai benda ni? ia juga penyumbang kepada masaalah kesihatan,seperti
Aids,juga boleh merosakkan masyarakat,dengan adanya benda ni,cua kita pakat
pikiaq tengok boleh kata selalu kita dengar dan baca pasai pembuangan bayi,sama
ada dijumpai masih hidup ataupun sebaliknya, masalah ni berpunca dari benda
diatas tu la ,Awat tak sediakan penguat kuasa yang ramai untuk pantau benda ni,
Pantau ni pun satu juga,
berapa hari depa nak pantau?seminggu,sebulan atau setahun,cua tengok pemantauan
minyak bersubsidi,pantau tinggal pantau, minyak keluar tak sangga! Kalau hampa
tak caya cua pi tengok stesen minyak di sekitar bukit kayu hitam,changlon dan
padang besar,sapa yang banyak beli minyak Malaysia? Mana petugas yang
ditugaskan untuk memantau? Gula pun akan jadi lagu tu juga,
Perdana menteri kata jangan
naikkan harga makanan,sepatutnya kurang kandungan gula dalam makanan dan minuman!hampa
mau ka pi kedai minum ayak ceroi macam ayak basuh cawan?makan cucuk tawak
hebiak?kalau aku tak kelapak pi dah.
Sebenarnya pengurangan
subsidi gula ni bukan pasai kesihatan sangat,ni nak kayakan kroni dan syarikat
depa saja,depa tau gula ni kalau naik sekilo RM 10 pun orang beli juga pasai
benda ni adalah keperluan harian kita,
Akhir sekali mai la kita pakat pikiaq tengok,patut ka gula saja
disalahkan dalam masaalah kesihatan,awat tak dak benda lain ka yang boleh
menyumbang masaalah ni……?
wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan