utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Sabtu, 11 Ogos 2012

LAKI PUN TAK KENAI APA?


Hairan!!!! Sungguh hairan kalau seorang tu dia tak tau laki dia kerja apa ataupun bini dia kerja apa.perkara ni bukan lawak ni, tapi memang sungguh ni!tu mujuk dia tak tau kerja saja kalau nama laki dan anak dia tak tau sama lagi teruk,
 Aku paling heran macam mana dia ni tak tau kerja laki dia,tah-tah hat dia dok tidok dan dakap tu dia tak tau pun kata laki dia,heran,heran,heran!!! Tapi aku percaya dia mesti tau,segalanya tapi pasai terlalu nak reka cerita dalam perbicaraan dia kata dia tak tau.
Hampa tau ka sapa dia? Kalau hampa nak tau ni gambar dia
Kenai kan?takkan tak kenai kot! Sikit punya lawa pa?

Bernama melaporkan Shahrizat memberitahu
Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional sehinggalah diberitahu pada 2007.

Shahrizat berkata sebelum itu beliau tidak mengetahui bahawa Wan Shahinur Izran Mohd Salleh, 28, telah menjadi pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sejak Disember 2006.

'Tak ambil tahu urusan masing-masing'
   
Beliau mula mengetahui perkara itu apabila suami beliau, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail memberitahu mahu anak-anak mereka pulang ke tanah air dari luar negara untuk membantu menguruskan projek tersebut.
    
"Saya tidak tahu mengenai bidaan projek tersebut. Saya hanya tahu pada sekitar 2007 selepas suami saya menyatakan hasrat mahu anak-anak pulang ke tanah air untuk membantunya dalam projek ini.
    
"Ia berlaku selepas beliau (Mohd Salleh) telahpun memperoleh projek itu," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ranjit Singh dalam prosiding kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli.

Ranjit mewakili kedua-dua defendan.
    
Shahrizat turut menafikan mengetahui projek NFC lebih awal dan perbincangan mengenai NFC bukanlah atas kapasiti sebagai seorang menteri sebaliknya perbualan antara suami isteri.
    
Ditanya bukankah Wan Shahinur Izran masih terlalu muda untuk dilantik sebagai pengarah syarikat kerana baru berusia 22 tahun ketika itu, Shahrizat berkata ia tidak salah kerana anaknya telah tamat pengajian ketika berusia 19 tahun di Amerika Syarikat serta antara pelajar terbaik.

Katanya Wan Shahinur Izran tinggal bersamanya sejak 2004 dan dua lagi iaitu Wan Shahinur Izmir, 32, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, 26, berada di luar negara dan kembali ke Malaysia pada 2007 untuk menyertai NFC.
    
Tambahnya walaupun beliau, suami dan Wan Shahinur Izran tinggal sebumbung tetapi mereka tidak ambil tahu urusan kerja masing-masing.

Shahrizat: Mereka buatkan orang ramai salahkan saya

Shahrizat berkata beliau mula meneliti pembabitan ahli


 keluarganya dalam projek itu pada tahun lepas selepas

 tersiar di media dan meminta suaminya memberi penjelasan.
    
Ketika ditanya oleh Ranjit bahagian manakah di dalam


 kenyataan kedua-dua defendan sehingga memudaratkan 
dirinya, Shahrizat berkata: 

"Kata-kata mereka membuatkan orang ramai menyalahkan saya."
    
Di awal prosiding, mahkamah ditunjukkan tayangan video


 mengenai sidang media melibatkan kedua-dua defendan di bangunan Parlimen.

Rabu, 8 Ogos 2012

TAK BUAT SALAH PUN KENA SAMAN


   Salam semua?
Aku ada terbaca satu blog yang bertajuk kerajaan kaut dana pilihanraya melalui saman trafic,perkara ni sebenarnya terjadi juga kat aku cara kebetulah.pasai aku sendiri kena senarai hitam ,nak bayar cukai jalan tak boleh,nak perbaharui lesen memandu tak boleh nak apa saja yang bersangkutan dengan JPJ memang tak boleh.
 Pada pagi tadi aku pi JPJ perlis untuk bayak lesen memandu tapi malang, aku kena Blacklist,pastu aku pi semak di kaunter saman ,maka timbuilah satu masaalah di JPJ,apabila aku disenarai hitam tapi puak jpj tak jumpa saman yang dikeluarkan kat aku,semak punya semak depa kata aku kena perentah timbang kenderaan,perentah tu pada tahun 2004 dulu,seingat aku masa tu aku memang bawa lori kayu getah,dan aku ditangkap di persimpangan Nopoh,dan penguat kuasa JPJ memberi surat perintah untuk aku pi timbang kat JPJ alor setar.seingat aku ,aku pi timbang lori bersama muatan dan didapati muatan aku tidak melebihi hat yang dibenarkan,maka aku dilepaskan tanpa sebarang saman.
Yang jadi masaalah pasai apa tahun 2004 punya kes baru la timbui?dimana lori dan syarikat yang aku kerja tu melingkop abihdah,pasai apa 2005 dan 2006 tak timbui?ni dah 2012 baru nak jengoi mai,masa aku di jpj perlis pegawai tu ada kata kalau nak hilangkan Blacklist depa nak buka saman baru,pas tu bayak RM300 selesai,aku tak setuju dengan cadangan depa ,aku kata kat depa pasai apa aku nak kena bayak sedangkan aku tak buat salah.
 Esok aku kena pi JPJ kedah pulak pasai masaalah ni.pegawai tukata kedah pun kena buka saman baru jugak untuk selesai masaalah Blacklist,jadi aku kata kat pegawai tu kalau salah kami,kami bayak kalau salah JPJ pun kami kena bayak juga ka?aku sambung sikit kalau lagu tu cik pi tunggu tepi jalan tengok sapa lalu saman no kenderaan dia,tahun depan dia kena blacklist nak selesai kes buka saman baru bayak RM 300 Kan senang,dia diam ja.
 Sok kalau aku kena saman aku ambik keputusan untuk tidak mengaku salah dimahkamah dan akan minta dibicarakan,cuba lawan dimahkamah sekali pi mai pun nak kena bayak,celaka sungguh.
 Aku ingat betui juga la dengan blog tu kata kerajaan kaut dana PRU 13 dengan duit saman,pasai dah lapan tahun baru coih mai,aku punya kes bukan setakat lapan tahun timbui yang 17 tahun pun timbui jugak tapi hat tu depa dah buang,masa tu aku bawak bas ekspress PPMP,dan saman ni pernah timbui 10 tahun dulu sekali dan selesai dah ni timbui pulak,mujuk boleh selesai kes tu tidak lagi haru,untuk pengetahuan hampa PPMP ni bankrap kaalah pi dah hai,pengurus dia pun dah gol dah.jadi logik dengan apa yang blog tu kata,kalau tak pasai apa la baru timbui,betui dak?
 Yang aku heran selama 8 tahun takan lori tu tak bayak cukai jalan,sedang kan lori tu aku masih tengok dok beroperasi dijalan raya,Cuma tuan punya dah berpindah tangan tak  tau berapa tuan da berpindah,tu yang heran macam mana JPJ boleh tukar nama dan bayar cukai jalan kalau lori tu masih ada masaalah lari dari arahan timbang,setau aku apabila lori tu engkar arahan JPJ,kenderaan tersebut tidak layak berada dijalan raya dan cukai jalan disenarai hitam.
 Sebenarnya ni perancangan depa untuk kaut duit PRU dengan cara ni,timbuikan saman lama ,kebanyakan antara kita takkan simpan slip bayaran saman sampai lama ni tinggi tinggi 2 kali lessen mati dia simpan,pastu dia bakar buang pasai tak dak Blacklist,dan kalau lama macam ni mana kita boleh ingat sangat bayak ka dak!
Satu pesanan dari aku sapa yang kena saman slip bayaran hampa simpan la baik-baik sampai mati, mana tau kot dia timbui balik kan haru jadinya RM 300 ooooo!!! Lepas ni nak lulus undang –undang baru pulak bukan RM300 lagi RM 2000 apa satu kesalahan,mampuih kita ……….
Wasalam…………………..

Sabtu, 4 Ogos 2012

apa perasaan hampa?

ini gambar kematian dan kehidupan saudara islam kita di Myanmar,klick pada gambar untuk membesarkanya