utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Sabtu, 29 September 2012

bajet 2013 ,minum ayak tawak hebiaq



Seramai 1,900 pegawai penguat kuasa dan 1,300 pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan dan minuman berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2013.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata berikutan pengurangan subsidi itu, pihak pembekal makanan dan restoran sepatutnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan.

"Langkah kerajaan mengurangkan subsidi gula sepatutnya dilihat dari segi kesihatan yang mana kerajaan ingin mengubah pengambilan gula berlebihan oleh rakyat di negara ini.

Kerajaan bukan sengaja kurangkan subsidi, sebaliknya ia dilakukan ekoran statistik rakyat di negara ini yang kerap mempunyai penyakit disebabkan pengambilan gula berlebihan," katanya kepadaBernama di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini.

Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Januari 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit gula RM2.30 sekilogram sehingga kini.

Tan berkata rakyat sebagai pengguna perlu membantu kerajaan dalam memantau harga makanan ekoran pengurangan subsidi tersebut dengan melaporkannya kepada pejabat kementerian.

"Rakyat adalah mata dan telinga kerajaan dan laporkanlah sekiranya berlaku kenaikan harga makanan yang tidak relevan kepada pihak kementerian," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu tahu dan sedar bahawa pengurangan subsidi bukan bertujuan menambah beban mereka sebaliknya untuk kebaikan mereka sendiri.

"Rakyat perlu belajar dan mula mengurangkan pengambilan gula kerana terdapat keluarga yang mampu bertahan menggunakan dua kilogram gula untuk tempoh sebulan dua.

"Kurangkan sukatan dan pengambilan air bergas (minuman berkarbonat) dan mulakan cara hidup yang sihat dengan mengambil gula dalam kuantiti yang sedikit," katanya~malaysiakini
…………………………utara indah……………………………………………
  Banyak sungguh pegawai ditugaskan untuk memantau kenaikan harga makanan direstoran,tak dak ka pegawai untuk memantau kenaikan harga gula?
Harga gula pasti naik lagi pasai subsidi dah kena kurang,pasai masalah naik harga gula depa menteri tak heboh dah la ni,pasai 3 dari 4 kilang gula yang ada la ni sudah dimiliki oleh Felda,dulu masa kilang gula ditangan raja gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien harga pada paras RM 1.20, nak naik sekupang,reyuih seintero Malaysia, la ni apa dah jadi?bila syarikat gula dikuasai Felda,dalam diam naik 2 kupang pas tu naik lagi naik,naik sampai lani dah jadi RM2.30.lepas ni naik lagi,kata najib pasai nak kurang kandungan gula dalam makan, pasai gula menyebabkan berbagai penyakit katanya,
  Aku setuju pasai makan gula banyak,berbagai masaalah kesihatan akan timbul,tapi takkan gula saja kot?tu dengan adanya kelap malam,pup,pusat karaoke,pusat peranginan yang terpencil,wakaf-wakaf di pusat rekriasi,penjualan kondom berleluasa,penjualan pil pencegah kehamilan,minuman keras,dan macam-macam lagi,pasai apa tak ambil kira pasai benda ni? ia juga penyumbang kepada masaalah kesihatan,seperti Aids,juga boleh merosakkan masyarakat,dengan adanya benda ni,cua kita pakat pikiaq tengok boleh kata selalu kita dengar dan baca pasai pembuangan bayi,sama ada dijumpai masih hidup ataupun sebaliknya, masalah ni berpunca dari benda diatas tu la ,Awat tak sediakan penguat kuasa yang ramai untuk pantau benda ni,
   Pantau ni pun satu juga, berapa hari depa nak pantau?seminggu,sebulan atau setahun,cua tengok pemantauan minyak bersubsidi,pantau tinggal pantau, minyak keluar tak sangga! Kalau hampa tak caya cua pi tengok stesen minyak di sekitar bukit kayu hitam,changlon dan padang besar,sapa yang banyak beli minyak Malaysia? Mana petugas yang ditugaskan untuk memantau? Gula pun akan jadi lagu tu juga,
 Perdana menteri kata jangan naikkan harga makanan,sepatutnya kurang kandungan gula dalam makanan dan minuman!hampa mau ka pi kedai minum ayak ceroi macam ayak basuh cawan?makan cucuk tawak hebiak?kalau aku tak kelapak pi dah.
 Sebenarnya pengurangan subsidi gula ni bukan pasai kesihatan sangat,ni nak kayakan kroni dan syarikat depa saja,depa tau gula ni kalau naik sekilo RM 10 pun orang beli juga pasai benda ni adalah keperluan harian kita,
Akhir sekali mai la kita pakat pikiaq tengok,patut ka gula saja disalahkan dalam masaalah kesihatan,awat tak dak benda lain ka yang boleh menyumbang masaalah ni……?
wasalam


Ahad, 23 September 2012

ANTARA NAFI DAN AMARAN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

"Jangan kita layan," katanya lagi.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion)
.  

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.~ Malaysiakini
…………………………………UTARA INDAH…………………………………………
 Kalau perdana menteri kata lagu tu apa ertinya? Cua hampa teka tengok? Kalau hampa nak tau bila dia kata  lagu tu, makna dia, dia bagi amaran kat SPRM jangan siasat taib ni.bila dia kata lagu tu gamaknya berani ka SPRM nak siasat Taib Mahmud Ni? Berani menteri lain kata kena siasat?berani ka Ngo suruh siasat? Tentu sekali tak berani,nak buka mulut sebut Nama Taib Mahmud pun tak berani takut tersalah cakap,cua pikiaq sat pasai apa dia menolak dakwaan Taib Mahmud mengumpul kekayaan berbilion ringgit,sepatutnya dia kena serah kat SPRM untuk siasat dakwaan tu betui ka dak,ni tau-tau tolak, siasat dak lagi.
Cua hampa kira tengok RM 64 bilion banyak mana? ,banyak Ooooo! Bukan 64 ribu bukan 64 juta, ni nak bagi tau betapa banyaknya 64 bilion ni maknanya  100.000000(100 juta)ada 640 kali banyakkan?tu pun tah sampai kadak lagi, aku sendiri pun tak berapa pasti
Wasalam…..

Sabtu, 8 September 2012

PIJAK,KENCING DAN DIKENCING






Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

Setakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.

Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:

Lim Guan Eng  

Ketua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya.


Datuk Ambiga Sreenevasan
 

Bekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.

Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.

Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
Terdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas. 


Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.

Lim Kit Siang

Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa.~malaysiakini

     ……………………………………………………………………………
Pasai apa tak ambik tindakan kat depa ni? Apa
 pasai tak masuk tv sampai berminggu-minggu?

Awat dok sembunyi dari pengetahuan rakyat?

Jawapanya:-

Kalau ambik tindakan kat depa ni alamat banyak orang umno yang kena.

Kalau masuk tv alamat BN akan kalah dalam PRU la jawabnya

Kalau rakyat tau depa semua pakat benci kat umno?Bn kalah juga

 “Mau tak mau kena kencing rakyat”
Wasalam……