utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Rabu, 18 Disember 2013

AKU JANJI / AKU XJANJI / AKU MUNKIR JANJI

INI ADALAH TERAS KE 6 DARIPADA 17 TERAS MENIFESTO BN PRU 13,CUA TENGOK HAT WARNA MERAH TU,TAK KA NAMANYA MUNGKIR JANJI,?


6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:
* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.
* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.
* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara

berperingkat.
* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.
* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.
* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.
* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.


"JANJI DITEPATI,RAKYAT DIDAHULUKAN"betoi latu,dia janji nak kenakan rakyat dulu,betoi kan?

  padan muka hampa sekali dengan aku-aku kena sama.nak pangkah sangattt,sekali lagi bila tengok lambang kati senget betali air lior.....pangkah lagi jangan kira,baguih konon!!!!!!!????la awat tak ambik

  ooop sorry! hampa semua orang kaya mana heran setakat naik harga gula,minyak, elektrik dan tol bukan nak habih duit hampa,tu pun hampa tak berapa puas hati  pasai banyak lagi barang tak naik

wasalam..............??? 

Ahad, 15 Disember 2013

YES!!!! KEMALANGAN JALANRAYA SIFAR TAHUN DEPAN ?????


Kenaikan tol terkandung dalam perjanjian konsesi - Abdul Wahid



KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, hari ini.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.
"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terbabit dalam semakan semula kadar tol itu.
Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara.
"Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya.
- BERNAMA
                        ..................................       UTARAINDAH.........................
KALAU HARGA GULA NAIK KURANGKAN KENCING 
MANIS,TAKRIF ELEKTRIK NAIK MENGELAK 
KEBAKARAN BERPUNCA LITAR PINTAS,MINYAK NAIK 
KURANGKAN KESESAKAN,NAIK KADAR TOL DAH 
TENTU KURANG KEMALANGAN LA APA LAGI?                                 
 YAHOOOOOO!!!!! BESTNYAAAAAAAA???

Rabu, 31 Julai 2013

SAPA YANG SALAH?



PUTRAJAYA: Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.
"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.

----------------------------------------utaraindah-------------------------------------
  
 Eh,eh eh, tak boleh salahkan polis?habih nak salah sapa?makcik,pak cik felda?tok dan tokwan hat dok kampong?budak sekolah? Rela?bomba?dan segala macam lagi,
  Awat depa semua ni ada unit cegah jenayah ka?unit cegah jenayah berat penduduk felda,unit cegah jenayah tok dan tokwa
n kampong,pasukan ronda jenayah sekolah menengah, tak dak kan yang ada polis kot?
   Sejak sebulan dua ni banyak sangat kes bunuh menggunakan senjatapi yang kita dengar tapi kita jarang dengar polis tembak mati pembunuh upahan ni,jadi polis buat apa?ni maknanya senjatapi haram banyak kat dalam Malaysia ni,kot mana dia masuk?sapa yang perlu ambik tau pasai benda ni,takkan orang hat motong getah yang kena siasat, kot mana benda merbahaya ni masuk?
   Lagi satu kekurangan kelengkapan kata menteri,natang apa lagi yang tak cukup?takkan nak tambah keta kebai untuk ronda jenayah,munkin nak tambah pesawat tanpa pemandu untuk pantau kawasan,katanya nak tambah bagi banyak CCTV diseluruh Malaysia, banyak dah jenayah yang dapat dirakam CCTV  tapi adaka dapat tangkap depa ni semua?
 Apa yang  polis perlu ambik tau, kot mana senjata ni masuk dalam Malaysia?kot ayar,kot darat ataupun kot udara,lorong mana? Jalan mana?lubang mana?parit mana?baru la boleh cegah benda ni,aku rasa natang ni masuk ikut pintu sempadan,pasai kawalan sempadan kita longgak sangat,cua tengok lori siam masuk  hantar barang mai Malaysia,kalau depa simpan senjata api tempat duduk dereba pun lepas jangan kata senbunyi dalam barang,kereta,moto siam masuk sapa periksa?abih sangat nak Tanya bawa apa?,nak pi mana?ingat puak ni mai Malaysia dekat ka,kalau masuk ikut bukit kayu hitam bukan setakat jitra depa mai nuuu  johor tempat berenti,
Kalau tak salah polis mesti orang kampong yang salah,salah pangkah
Wasalam,,,,,
  

Khamis, 13 Jun 2013

PETISYEN YANG PALING BANGANG DALAM SEJARAH



"Pengaruh tidak wajar" dua pendakwah menjadi faktor BN Kelantan memfailkan lima petisyen membantah keputusan pilihan raya di Kelantan.


Lima petisyen itu melibatkan kerusi parlimen Bachok, dan dewan undangan negeri Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai dan difailkan menerusi Tetuan Mohd Ilyas and Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa PAS menggunakan poster dengan wajah dua pendakwah terkenal, Azhar Idrus dan Zahazan Muhammad dalam kempen pilihan raya mereka yang lalu bagi menarik pengundi.

"Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

"Ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar," katanya seperti dilaporkan
Sinar Harian.

……………………………………UTARAINDAH…………………………………..
Bodo punya petisyen,adaka  benda lagu tu boleh buat petisyen?pasai poster UAI,lawak sungguh puak ni,kalau benda lagu tu nak buat Petisyen pembangkang lagi banyak boleh.depa dok kempen dalam tv1, tv2, tv3dan serba mak nenek tv dan akhbar yang ada dalam Malaysia,sedangkan parlimen dah dibubarkan,satu lagi banyak  billboard yang tertera HARAM SOKONG PAS,
  Sebenarnya puak ni takdak apa nak buat petisyen jadi depa terpaksa.untuk nak menperbodohkan rakyat kununnya pembangkang pun ada buat salah dalam pilihan raya.dan depa nak bagi lupa apa yang pembangkang buat petisyen. Ni  cerita di Kelantan,

 Di Melaka lain pulak petisyen depa buat.. katanya pembangkang berkempen sampai depan pintu bilik mengundi.yang ni aku nak bagi tau bahawa petugas UMNO/Bn taktau undang –undang,buat apa depa lantik PACA dan BARUNG kalau tak halang.awat tak dak orang hat pandai sikit ka?depa yang bodo.nak buat petisyen pulak.kalau nak buat petisyen pun cari la benda yang logic sikit,lampu terang sangat didewan pemjumlahan ka,duit dah banyak habis pasai pa kalah jugak ka,tak puas hati pasai DAP menang Mejureti sampai puluh ribu ka,pasai pa kat kertas undi ada lambang parti lain selain dari BN ka,atau lebih logic lagi pasai apa kerani penjumlahan asyik ambik kertas undi PR saja jarang ambik kertas undi BN tu sebab BN kalah.ada la logik sikit bagi gang UMNO/BN..jkk yang sememang bodo pun gelak menungin dengan petisyen ni...


 Ni gambar yang pr tak buat petisyen pun,sama la dengan poster UAI tu,.yang lain pun UAI tak kata dan tak dak pun tuju kat parti mana tapi yang ni dia tuju kat pas terang-terang.

BODO ADALAH SATU WARISAN DALAM UMNO/BN.............
Wasalam………….

Sabtu, 18 Mei 2013

KEDAH KAJI SEMULA PEMBALAKAN,,..DULU BUKAN KAJI DAH KA?


Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri itu supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

    
Katanya beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.

    
"Saya megesyorkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.
~malaysiakini

………………………….utaraindah………………………………………………
Laa!! Pasai apa nak berenti sementara,nak kaji semula?dulu masa PAS mentakbir kedah,riuh-rendah kata pembalakan haram la,mencemar sumber air,masuk tv,masuk akhbar selalu,kata nya EIA tak luluskan la, dan segala macam lagi,tau-tau BN dapat balik Kedah nak berenti sementara pulak.berenti terus la dah dulu kata tak boleh  mai la dok kira nak boleh pulak,

  Dulu heboh kata macam-macam kat Kedah,Kat Ustas Azizan pasai balak,Awat dulu buat tuduhan tu tak betoi la kan?kalau betui dah tentu tak payah tebang dan tak payah kaji lagi pakai saja la kajian hat dulu,


   Siaran tv dan akhbar pun dok tunggu natang apa lagi?,pi la cari masyarakat kampong  suruh depa buat tunjuk perasaan bawak sekali sepanduk “KAMI TAK MAU PEMBALAKAN DIHENTIKAN,SUMBER AIR KAMI TIDAK TERJEJAS “Pas tu pi ambik gambar air kat mana-mana tempat.kat Sedim ka,Bukit Wang Ka,Puncak janin ka atau mana –mana tempat hat air jerenih tunjuk dalam berita perdana.supaya orang tau balak dikedah tak mendatangkan masaalah pada rakyat ,sebab tu BN teruskan pembalakan yang dulu haram kini halal,


 Kalau balak diteruskan juga maknanya tuduhan dulu adalah palsu dan fitnah,kalau diteruskan juga kita tengok hasilnya apakah akan sama dengan hasil yang diperolehi semasa Ustas Azizan dulu.

  Pada pendapat aku balak diKedah ni akan diteruskan,pasai BN dia bagi tau berenti sementara,supaya orang kedah kata dia buat kajian dulu sebelum tebang,pada hal kaji ka dak mana sapa tau,dulu kaji jugak,ni nak kaji lagi,tak tau berapa kali mau kaji daaaaaa!
 
  

Selasa, 14 Mei 2013

NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina


beberapa NGO melayu mengesa kaum itu memboikot perniagaan dan pruduck terkenal milik pengusaha cina kerana didakwa mendanai pembangkan dalam pilihanraya umun 13

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.


Sambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar".


Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.


Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina.
~malaysiakini

-----------------------utaraindah------------------------------

Alahai!!! bodo punya NGO,kalau hampa nak boikot perniagaan cina tu tak namanya perkauman ka?
Bodo punya NGO,boleh ka hampa nak boikot perniagaan cina,hampa nak guna barang perniagaan melayu saja ka?toke melayu tu beli barang kat toke cina jugak ngok ooooi!!!!

Bodo punya NGO kunun nak boikot perniagaan cina,cuba pikiaq sikit bolehka?aku melayu jugak aku takut cina boikot tak mau jual barang kat toke melayu,baru hampa tau,
Nak boikot sejenis roti,yang diusaha oleh toke cina,nak beli hat toke melayu la kunun,berapa hari toke melayu ada tepung nak buat roti,kalau tak mau barang toke cina, tepung nak ambik mana?kilang sapa? Transport sapa?

 Cua hampa belek tengok dalam rumah hampa tu dulu,berapa jenis barangan keluaran orang melayu yang ada?.kalau nak ada pun aku ingat kicap,sos,beras tu pun kadang-kadang nama melayu toke cina jugak,

 Kalau dah bodo tu bodo jugak la!!!! Orang cina tak sokong BN pakat nak boikot barangan toke cina,bila cina pakat tolak BN, ada la sekok tu kata kena hapus sekolah jenis kebangsaan cina/india,kununya pasai ni jadi perkauman,cua kira tengok bodo ka dak?
   
 NGO bodo!!! Kalau hampa nak bodek kerajaan UMNO/BN yang haram ni pun pakai otak la sama,kalau kedai jual no ekor kot boleh boikot,pasai kalau tak boikot pun memang dah dilarang dalam islam,

NGO bodo! Kalau hampa boikot barangan keluaran toke cina agak-agak berapa hari hampa dapat bertahan sebualan, dua bulan lepas tu hampa nak mentedarah natang pa.cua  hampa tengok kedai-kedai dalam kampong ka? Dalam pekan ka,tangmana saja sapa hantar barang? Melayu ka?
 Ada berapa kerat toke melayu jadi pengedar barangan keperluan,cua habak mai? Bukan aku kata tak dak tapi sapa banyak.dan gudang utama sapa punya ,gudang melayu ka?

 Bodo punya NGO,kalau dah bodo jangan tunjuk sangat bodo tu,cari jalan lain kalau nak tunjol persatuan pun .
Bodo,bodo,bodo,bodo,bodo sama bodo ngan peminpin UMNO/BN