utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Rabu, 18 Disember 2013

AKU JANJI / AKU XJANJI / AKU MUNKIR JANJI

INI ADALAH TERAS KE 6 DARIPADA 17 TERAS MENIFESTO BN PRU 13,CUA TENGOK HAT WARNA MERAH TU,TAK KA NAMANYA MUNGKIR JANJI,?


6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:
* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.
* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.
* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara

berperingkat.
* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.
* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.
* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.
* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.


"JANJI DITEPATI,RAKYAT DIDAHULUKAN"betoi latu,dia janji nak kenakan rakyat dulu,betoi kan?

  padan muka hampa sekali dengan aku-aku kena sama.nak pangkah sangattt,sekali lagi bila tengok lambang kati senget betali air lior.....pangkah lagi jangan kira,baguih konon!!!!!!!????la awat tak ambik

  ooop sorry! hampa semua orang kaya mana heran setakat naik harga gula,minyak, elektrik dan tol bukan nak habih duit hampa,tu pun hampa tak berapa puas hati  pasai banyak lagi barang tak naik

wasalam..............??? 

Tiada ulasan: