utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Khamis, 8 Mei 2014

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA/SEAKAN-AKAN MELAYU HILANG DIDUNIA YANG MANA BETUL?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata kerajaan tidak akan menggugurkan kesemua bahagian yang menyatakan keterangan kaum dalam borang rasmi kerana ia diperlukan bagi kes tertentu.

Laporan The Star Online menyebut, Joseph Entulu berkata, pengguguran bahagian tersebut dalam borang yang tidak relevan akan tetap dijalankan secara berperingkat-peringkat

“Bahagian itu tidak boleh digugurkan serta merta dan sepenuhnya kerana dalam beberapa aspek, pernyataan kaum itu diperlukan, contohnya apabila kerajaan menjalankan bancian atau dalam isu berkaitan tanah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Kataya, bahagian untuk menyatakan kaum itu telahpun digugurkan dalam kira-kira 120 borang rasmi kerajaan, termasuk untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan skim pinjaman perumahan.

Menurut laporan tersebut, salah satu daripada borang yang mengekalkan bahagian itu adalah yang berkaitan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk memelihara kedudukan dan hak istimewa bumiputera.


Identiti kaum itu juga dikekalkan untuk memenuhi keperluan perundangan melibatkan tanah, pendidikan, perniagaan dan kawasan yang diwartakwan mengikut akta tersebut.

Ia juga diperlukan untuk tujuan penyelidikan dan perancangan untuk seperti kawalan penyakit, peningkatan pendidikan dan demografi penduduk.




TAIPING 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan telah memutuskan untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan ketika melakukan urusan rasmi.
Perdana Menteri berkata, sebaliknya Kabinet tidak membuat sebarang keputusan untuk memansuhkan keperluan mengisi ruangan kategori kaum pada borang berkenaan.
"Ada berbincang mengenainya tetapi keputusan adalah untuk mengekalkan dasar sedia ada," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Rumah UMNO bahagian Taiping di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



                           ....................................UTARA INDAH............................................................

NI SAPA YANG BETUI? PASAI PA NAK SANGAT HAPUS   NAMA BANGSA KAT BORANG  KERAJAAN? OOOO!!! NAK BAGI SAMA SAJA TAK DAK PERBEZAAN KAUM,RUPANYA UMNO/BN TAK BERAPA MAU DENGAN BANGSA MELAYU,DEPA NAK BAGI SAMA TARAF KALU BANGLA PUN ORANG TAKTAU PASAI NAMA DEPA DENGANNAMA KITA LEBIH KURANG JA,RAKYAT SABAH PUN SAMA JUGAK NAMA DENGAN KITA TAAPI DEPA NI BUKAN MELAYU SIAP ADA BIN DAN BINTI  LAGI. KALAU BIAQ RUANG KAUM DALAM BORANG AWATNYA? KAN NAK HABIH DAKWAT SATU PEN  TAKAT NAK TANDA DALAM RUAMG KOSONG. 
KALU DENGAR CAKAP BAGAI NAK RUNTUH LAGIT NAK BELA MELAYU,SIAP KELUAQ KERIS LAGI,
KALI  NI NAK PAKAI SLOGAN PA PULAK  KALAU MELAYU DAH TAKDAK .DULU "HIDUP MELAYU" LEPAS NI PA PULAK "PUPUS MELAYU" BOLEH KOT SEDAP GAK BUNYI DIA,HA,HA,HA,HA,
WASALAM................

Tiada ulasan: