PUTRAJAYA: Polis tidak boleh dipersalahkan dalam
peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah
berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak
perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota
dan peralatan berbanding negara maju.
"Sebagai
contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35
penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk
untuk sesuatu kawasan," katanya.
----------------------------------------utaraindah-------------------------------------
Eh,eh eh, tak boleh salahkan polis?habih nak
salah sapa?makcik,pak cik felda?tok dan tokwan hat dok kampong?budak sekolah? Rela?bomba?dan
segala macam lagi,
Awat depa semua ni ada unit cegah jenayah
ka?unit cegah jenayah berat penduduk felda,unit cegah jenayah tok dan tokwa
n kampong,pasukan
ronda jenayah sekolah menengah, tak dak kan yang ada polis kot?
Sejak sebulan
dua ni banyak sangat kes bunuh menggunakan senjatapi yang kita dengar tapi kita
jarang dengar polis tembak mati pembunuh upahan ni,jadi polis buat apa?ni
maknanya senjatapi haram banyak kat dalam Malaysia ni,kot mana dia masuk?sapa
yang perlu ambik tau pasai benda ni,takkan orang hat motong getah yang kena
siasat, kot mana benda merbahaya ni masuk?
Lagi satu kekurangan kelengkapan kata
menteri,natang apa lagi yang tak cukup?takkan nak tambah keta kebai untuk ronda
jenayah,munkin nak tambah pesawat tanpa pemandu untuk pantau kawasan,katanya
nak tambah bagi banyak CCTV diseluruh Malaysia, banyak dah jenayah yang dapat
dirakam CCTV tapi adaka dapat tangkap
depa ni semua?

Kalau tak
salah polis mesti orang kampong yang salah,salah
pangkah
Wasalam,,,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan