utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Sabtu, 18 Mei 2013

KEDAH KAJI SEMULA PEMBALAKAN,,..DULU BUKAN KAJI DAH KA?


Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri itu supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

    
Katanya beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.

    
"Saya megesyorkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.
~malaysiakini

………………………….utaraindah………………………………………………
Laa!! Pasai apa nak berenti sementara,nak kaji semula?dulu masa PAS mentakbir kedah,riuh-rendah kata pembalakan haram la,mencemar sumber air,masuk tv,masuk akhbar selalu,kata nya EIA tak luluskan la, dan segala macam lagi,tau-tau BN dapat balik Kedah nak berenti sementara pulak.berenti terus la dah dulu kata tak boleh  mai la dok kira nak boleh pulak,

  Dulu heboh kata macam-macam kat Kedah,Kat Ustas Azizan pasai balak,Awat dulu buat tuduhan tu tak betoi la kan?kalau betui dah tentu tak payah tebang dan tak payah kaji lagi pakai saja la kajian hat dulu,


   Siaran tv dan akhbar pun dok tunggu natang apa lagi?,pi la cari masyarakat kampong  suruh depa buat tunjuk perasaan bawak sekali sepanduk “KAMI TAK MAU PEMBALAKAN DIHENTIKAN,SUMBER AIR KAMI TIDAK TERJEJAS “Pas tu pi ambik gambar air kat mana-mana tempat.kat Sedim ka,Bukit Wang Ka,Puncak janin ka atau mana –mana tempat hat air jerenih tunjuk dalam berita perdana.supaya orang tau balak dikedah tak mendatangkan masaalah pada rakyat ,sebab tu BN teruskan pembalakan yang dulu haram kini halal,


 Kalau balak diteruskan juga maknanya tuduhan dulu adalah palsu dan fitnah,kalau diteruskan juga kita tengok hasilnya apakah akan sama dengan hasil yang diperolehi semasa Ustas Azizan dulu.

  Pada pendapat aku balak diKedah ni akan diteruskan,pasai BN dia bagi tau berenti sementara,supaya orang kedah kata dia buat kajian dulu sebelum tebang,pada hal kaji ka dak mana sapa tau,dulu kaji jugak,ni nak kaji lagi,tak tau berapa kali mau kaji daaaaaa!
 
  

Tiada ulasan: