utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Isnin, 18 Jun 2012

H1N1: 65 pelatih Kem Dusun Resort masih dikuarantin







KUALA NERANG: Seramai 63 


pelatih Program Khidmat 


Negara (PLKN) kem Dusun 


Resort, di sini masih dikuarantin manakala 


dua lagi masih dirawat di Hospital Kuala 


Nerang akibat jangkitan virus influenza A 


(H1N1).



Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat 


Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang 


Kechil berkata bilangan pelatih yang 


dikuarantin berkurangan berbanding jumlah 


asal 78 orang.


"Saya yakin dalam masa terdekat dua pelatih 


(perempuan) yang dirawat di hospital akan 


dibenar pulang, manakala 63 pelatih 


dikuarantin dalam blok khas dalam kem.

"Pelatih-pelatih yang diasingkan melakukan 


aktiviti sesama mereka sahaja. Mereka rehat, 


makan dan mempunyai ubat yang 


secukupnya," katanya kepada pemberita pada 


lawatan kerja Program Latihan Khidmat 


Negara (PLKN), di kem Dusun Resort di sini, 


hari ini.

Terdapat 303 pelatih sedang menjalani 


latihan PLKN di kem Dusun Resort yang akan 


berakhir 14 Julai ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi 


berkata semua aktiviti luar akan dibatal jika 


Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 


100, manakala jika IPU antara 95 hingga 99 


pelatih perlu memakai topeng muka dan 


aktiviti luar akan dikurangkan. - BERNAMA

Tiada ulasan: