utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Sabtu, 13 April 2013

Bagi BR1M rayu undi


Sebelum ni puak –puak Umno pakat dok kata BRIM 1.0 dan BRIM 2.0 tak dak mesej pilitik,yang dok kata tu bukan umno kampung yang bangang,tapi gerombolan umno yang diatas,yang berjawatan menteri sebelum ni.
 Namun sejak dua tiga hari ni kita semua pakat dapat satu sorat dari perdana menteri yang diisi dalam sampul sorat  putih  dibahagian alamat penerima dan mempunyai jalok kunin dan oren dibelakang sampul.


Dibahagian hadapan sorat tu ada satu petak diatas kanan tertera “bayaran pos jelas,pusat mel nasional shah alam Malaysia dan no siri wp…. Dan kalau hampa tengok betui-betoi dialamat penerima  ada tarikh disitu tapi tarikh dia semuanya  sebelom gubar parlimen,sama juga apa yang aku dapat, tarikh dia 2013-02-08,ini bermakna tarikh surat tu dikirim,tapi yang heran sekali tarikh surat sampai kat aku pada 13/4/2013.pasai apa lama sangat nak sampai? Sampai 33 hari
 Sebenaknya depa pos surat ni dalam masa parlimen digubarkan,dan depa ni juga menggunakan duit kerajaan untuk tujuan pos ,sebab tu dalam surat tu takdak tarikh dari pos,kalau ada tarikh dari pos Malaysia tarikh surat dihantar depa akan kantoi,pasai guna duit kerajaan untuk tujuan politik depa dan depa juga salah guna kuasa ,pasai depa tak boleh keluar duit kerajaan dan setelah menjadi kerajaan sementara,

Apa isi sorat tu? Sorat tu pasai BRIM ,makna dia depa bagi BRIM ni adalah tujuan nak pancing undi.depa tak dak apa dah nak buat ssupaya rakyak sokong depa ,jadi terpaksalah mengungkit pasai BRIM ,tapi akau percaya rakyat takkan bodoh macam lembu NFC rakyat dah cerdik dan akan tolak UMNO/BN .
Janji pangkah PR!!!

JANJI "JANGAN PANGKAH BN"

Khamis, 11 April 2013

CALON UMNO YANG DITONG SAMPAHKAN DAN DI JAMBANKAN???


Woi!! Ramai rupanya calon umno yang nama depa dah masuk tong sampah oleh najib.patut pun najib dok peringat  jangan merajuk lama, dia kata kalau nak merajuk 24 jam sudahla,tapi aku rasa lakan puak yang kena tauk dalam tong sampah ni depa akan merajuk 24 taun ,baru padan dengan umno.jom kita tengok nama sapa dok dalam tong sampah?ada gak dok tepi tong sampah?satu lagi tauk dah dalam tong sampah pas tu ambik balik buat lap jamban.



                        SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN:

1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor)

2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok)
3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding)
4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang)
5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas)
6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut)
7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah)
8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang)
9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar)
10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang)
11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan)
12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara)
13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang)
14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau)
15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin)
16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol)
17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas)
18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu)
19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang)
20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar)
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar)
22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya)
23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)

SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN:

1. Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas)
2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling)

KEKAL TIADA DALAM SENARAI:

1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM)
2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA)
3. Radzi Sheikh Ahmad (BEKAS ahli parlimen Kangar)
4. Syed Hamid Albar (BEKAS ahli parlimen Kota Tinggi)


Menurut sumber blogger pro-Umno ini juga, ada beberapa nama lain yang tidak tersenarai pada awalnya kemudian dicalonkan semula bagi memperkuatkan kedudukan BN antaranya:

1. Khairy Jamaluddin (BEKAS ahli parlimen Rembau)
2. Zainal Abidin Osman (BEKAS calon parlimen Nibong Tebal)
3. Shaziman Abu Mansor (BEKAS ahli parlimen Tampin)


Apa –apa pun keputusan muktamat ada pada najib,mana la  tau kot-kot dia dapat mimpi untuk ambik balik puak yang dok dalam tong sampah tu.
Rupanya pasai ni la yang jadi lambat sangat nak gubar parlimen,pasai banyak calon dalam umno kelas tong sampah,aih,aih,aih malu nya! Bodek tak sangga-sangga last sekali najib tak peduli pun.pada calon yang ditong sampahkan ni janganlah gundah gulana ,apa tunggu lagi kasi ajak sama najib sikit, jom pakat istihar keluar umno dan sertai pr ,BIAR SAMA-SAMA PUTIH MATA
Wasalam…………..


Ahad, 6 Januari 2013

AMANAT HADI @ UMNO TENAT


Sejak sari dua ni kita selalu dihidangkan dengan cerita amanat hadi yang telah berlalu 30 tahun dulu,pasai apa dulu depa tak bincang pasai ni mai lani baru kalut nak bincang, sebenarnya Umno/Bn tak dak isu dah untuk meraih undi golongan yang bangang.
 30 tahun bukan sat oooo! Kebanyakan pengundi yang akan memangkah pada pru 13 nanti pun tak keluar mai dari perut mak depa lagi masa tu,dan golongan ni tak akan ambik kisah pasai ni,dan depa biarkan Umno dengan hujah bangang  tu,
Kalau kita sebut pasai Tan sri Rahim Noor gelar Nik Aziz bapa kafir ramai dari depa ni akan ingat pasai baru sangat berlaku, pasai apa majlis fatwa,mufti,dan segala macam Ngok tak bincang ,sebenarnya Umno bawa keluar isu yang bukan sekadar lapuk tapi dah lebur ni  hanya untuk memadamkan segala kekotoran hat depa buat terhadap rakyat dan Negara, cua hampa sebut mai apa saja hat depa tak buat , rasuah,songlap,bunuh ,rogol,dan segala macam jenayah ada kat umno ni,jadi pasai nak bagi rakyat tak dan nak bincang pasai semua perkara ni maka depa keluarkanlah pasai amanat hadi. Bodoh punya Umno,
Baru depa kata nak pertimbang pasai permintaan Haji Hadi minta satu jam siaran langsung dalam TV untuk penjelasan perkara ni,pas tu keluar sekor guru sekolah agama kata, dia tak sokong bagi ruang kat Hadi takut Hadi meraih simpati rakyat dalam siaran tu nanti.awat la bangang sangat guru ni ,kalau hampa takut hadi raih simpati,apa macam plak pembangkang tak takut ka hampa raih simpati.selama ni hampa dok minta simpati rakyat takpa pun,bohong sana-bohong sini minta simpati minta maaf nak bagi rakyat kesian,kononya Umno dah sedar dan dah bertaubat,konon
 Ni yang terbaru Menteri kementerian penerangan,komunikasi dan kebudayaan Dato sri Utama Rais Yatim kata kementerianya tidak akan melaksanakan cadangan untuk melaksanakan forom bagi membincang amanat Hadi di RTM katanya lagi  jawatan kuasa  muzakarah majlis fatwa kebangsaan  telah memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat islam dan kemulian agama serta prinsip dakwah islamiah.
Kalau takut habak takut senang toksah dok dalih pi dalih mai,dulu hampa ingat dak lagi majlis fatwa juga keluar fatwa bukan majlis lain. fatwa dia “SURE HEBOH HARAM” hampa ingat dak? Ingatkan? Pasai apa sure heboh sampai lani dok buat lagi,pasai lani guna nama jom heboh kot.sepatutnya jom heboh ni perlu ada forom untuk bincang fatwa yang dah dikeluarkan,takkan fatwa haram hat majlis fatwa keluarkan biar orang langgar sewenang-wenang kot.pastu keluar lagi fatwa MEROKOK HARAM,pasai apa biar orang jual rokok? Fatwa apa ni.
  Lepas satu tu keluar pula suara-suara minta buat forom tertutup, eh,eh,eh aku sendiri pun heran pasai apa nak buat forom tertutup? Dah banyak kali dok gah pasai amanat hadi dalam tv  mai tang forom nakbuat tertutup pula,senang sikit hampa nak bohong kan?dah banyak kali ah hampa buat, orang ramai dah tau tujuan hampa.dulu kata nak keluar video bersih 2’0 konon.ada ka?lama sangat ni dok tunggu nak tengok.
 Aku nak bagi tau kat hampa semua pasai apa isu ni dibangkitkan ,pasai nak tutup segala pendedahan yang dah terlondeh ni,Depak dengan pendedahan yang sangat di takuti diikuti pula  Musa Hassan,pas tu kes kapai selam pun tak habih lagi ,jadi nak bagi rakyat tak peduli perkara ni depa bawak masuk amanat hadi,depa tak tau rakyat semakin cerdik rakyat punya media baru mencari maklumat,
Akhir sekali aku nak katakan  kalau hampa pangkah lagi umno dalam pru nanti memang hampa nak jual Negara,hampa tak caya?biar pi kat hampa,orang yang cerdik takkan sokong UMNO.
Wasalam!

Khamis, 29 November 2012

PARTI PALING PENGECUT=UMNO


  Dalam  sebok berhimpon di PWTC ,dengan gah seentero malaya disiarkan ucapan dasar la, ucapan tak dasarla,Umno pandai mentakbir negara la ,umno kuat la,boleh kata semua nya berpehak pada umno ,dan yang buruk ada belaka kat pembangkang,
  Tapi satu la aku heran bila masa UMno ni masuk bertanding? Aku dah banyak kali mengundi tak pernah nampak pun lambang umno di kertas undi, macam mana boleh kata umno kuat ni?kalau kata Umno pengecut adala betui sikit,
  Kalau pengecut tu ,pengecut juga, dok tumpang berani dengan mca dan mic ja.aku rasa lakan kalau Umno ni bertanding betui menggunakan logo dia sendiri.dan ahli dia dah lama dah umno hilang didunia, lambang dia tu lama dah dok di muzium,

  Satu lagi aku heran PAU tu buat apa? Ceramah ka apa?aku ingatkan depa nak bingcang pasai ekonomi ka,pasai isu kapai selam ka,pasai altantuya ka,pasai gejala sosial masa kini ka,dan macam –macam pasai dan masaalah yang berkisar masa lani,rupanya depa pakat pi sana nak membeli belah pastu nak dengak ceramah ,lagi depa seronok dapat maki ,hina pemimpin pembangkang,pastu ada sekok dua lembu berucap “kita tidak sesekali menghina dan mencerca pihak lawan”tak cerca lagi sampai tara tu,
   Dalam dok seronok hina serta cerca pembangkang ,ada suara-suara mengajak pas menyertai Umno,kalau sungguh bagai dikata awat umno tak minta masuk pas? Ni maknanya umno takut kalau masuk pas pemimpin umno akan di letakkan di penginapan mewah sungai buluh,pasai umno ni apa yang depa tak buat.sebut saja,bunuh,rogol,rasuah,songlap sana songlap sini,serba-serbi ada kat depa.
   Pada pemerhatian akula  puak umno yang berhimpun di Pusat dagangan Dunia Putra(PWTC )pengecut belaka,lagi tinggi jawatan dalam parti lembu depa, lagi pengecut,depa mana berani tanya najib pasai pendedahan deepak ,depa mana berani tanya pasai pendedahan Musa Hasan,ada beranika? Mampuih tak berani,kalau kot bawah tu kot berani sikit,kalau hat dok pentas utama tobat tak berani!
   Hoih!!! Bukan main semangat pemuda dan wanita buat ucapan sampai ada yang keriau pun ada,punya la semangat,tapi lakan aku rasa PAU ni sesuai jugak kalau buat cari bakat pelakon,pasai puak ni pandai belakon,terutama sekali najib hoih kan main semangat dia,tapi dia sebenarnya takut pada kekalahan,yang betui-betui semangat muhidden,dia memang semangat .semangat untuk jatuhkan Najib,tu deepak dan musa hasan pun dia punya angkara aku perasan,UMno la katakan kalau tak cantas bukan Umno la namanya.
   Dalam banyak-banyak ucapan ,ucapan shahrizat jalin aku percaya pun,dia kata kalau Umno hilang kuasa kemunkinan tragedi 13 may berulang,pasai apa aku percaya? Pasai dia, kalau umno /bn kalah dalan Pru 13 ,orang-orang umno yang akan buat rusuhan ,depa tak bolehterima kekalahan depa,takkan pas,dap dan pkr nak buat rusuha kot,mesti yang kalah buat,tak pernah yang menang buat rusuhan,betui dak?
 Ok sampai tang ni dulu,bini aku dah perli ni ,dia hantak mai cucur bawang dengan ayak kopi o,apa nak kata hujan-hujan ni oopp! Dulu
Wasalam!!!!?

Rabu, 28 November 2012

APA YANG MACHA NI DEDAH?"LU BIKIN NAJIB TARAK BLEH TIDOK LA MACHA"


EKSKLUSIF Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.


Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

Ini bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada
tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.


Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.


Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.

Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara
menunggu jawapan mereka kepada permintaanMalaysiakini bagi mendapat komen.

"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.

"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.

Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.

Berikut adalah petikan wawancara Malaysiakini dengan Deepak
       malaysiakini

Sabtu, 24 November 2012

CERITA KEDAI KOPI - PENANGGUHAN PENGGAL


 Baru baru ini ada sekumpulan pengamal undang-undang Umno mengadakan mesyuarat di pulau lagenda pulau Langkawai,apakah hal dan masaalah yang depa pakat pi mesyuarat  di situ.ada kes apa?
 Dari sumber yang tak rasmi aku dengar depa ni pi bingcang dari segi undang-undang  pasai nak memohon penangguhan pilihan raya selama 6 bulan lagi,sama ada betui atau tak tu aku tak berapa pasti,tapi yang menjadi persoalah , kalau betui apa yang aku dengar ni,maknanya umno la ni dalam keadaan sangat takut untuk menhadapi pilihanraya 13.
  Kalaulah depa ni minta tangguh  6 bulan lagi maknanya penggal akan bersambung sampai bulan 10/ 2013 nanti.sepatutnya penggal  akan berakhir pada 28 april 2012,dan sekiranya piliharaya tak diadakan pada masa yang ditetapkan maka spr akan mengambil alih dan akan menentukan tarikh pilihanraya ke 13.
  Umno sangat takut dengan pilihanraya pada masa terdekat pasai depa tau rakyat melaysia rata-rata menolak depa,seluruh bangsa yang tinggal dalam Negara menolak parti umno/bn ni.jadi mau tak mau depa kena minta penangguhan,untuk mencari cara macam mana nak bagi rakyat sokong balik kat depa,dan segala setrategi dan fitnah akan timbui demi nak bagi menang,pasai tu la depa pakat mesyuarat apakah ada peruntukan yang membolehkan penangguhan penggal pilihanraya,
  Setau aku penggal pilihanraya hanya boleh ditanggukan kalau ada darurat?jadi aku nak pesan kat semua ahli pakatan rakyat agar jangan sesekali kita membuat perkara yang boleh diistiharkan darurat.pasai depa la ni dok cari jalan saja ,depa akan buat apa saja hat kita tak suka supaya kita buat rusuhan  yang boleh diistihar darurat,
  Dalam satu berita khabar angin hat aku dapat,adun-adun umno kedah menberitahu katanya parlimen akan digubarkan pada minggu ni,kompom katanya,
 Tapi jangan percaya sangat munkin depa saja nak bagi sedap ati kita,bila kita seronok dok dengar parlimen nak digubarkan depa senang buat kerja memohon penangguhan penggal pilihanraya,
 Untuk pengetahuan semua termasuk SKMM apa yang aku tulis ni bukan tuduhan tapi berita khabar angin,berita kedai kopi la,gitu.
oop! disini dulu!,orang umah panggay minun kopi o dengan cucuk kodok,kalau tak minum terasa hati pulak orang umah
last sekali jangan "pangkah Umno/Bn demi menyelamatkan malaysia tercinta"

Wasalam….!!

Ahad, 18 November 2012

1 + 2 = 3 ?????????



KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis. 

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya. 

Cabar Majlis Fatwa

Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.

"Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka.

"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.

"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"

"Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.

Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.

Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.

"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.

……………………..utara indah………………………………………

Tu satu soalah dari Abdullah Omar  dan aku pulak nak tambah dua soalan makanya jadilah 3 hampa yang baca pun boleh tolong jawab sat ,pasai majlis fatwa dan mufti takkan jawab ,jeng,jeng jeng ni dia soalan dari aku
1)jika majlis fatwa dan mufti yang mengetahui kerajaan yang menang cara penipuan,berdiam diri dan bersekonkol dengan depa .apakah gaji depa halal atau haram????
2)apakah hukum  mengundi dan memenangkan parti yang menipu ?
 Jawab jangan tak jawab