utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Rabu, 2 Mei 2012

KENDURI OH KENDURI

Salam semua?
    Cuti sekola mai lagi ,macam biasa lah bila sekolah cuti mula orang kita pakat sebok buat kenduri,macam-macam kenduri ada , kenduri kahwin anak dara ddengan anak teruna,antara bujang sama bujang ,( istilah orang utara makna dia depa yang pernah nikah dan bercerai tak kira jantan atau betina orang utara pukoi bujang belaka.kalau ikut belah selatan depa panggay janda dan duda) macam-macam lagilah kenduri yang ada,
     kenuri ni ikut kemampuan seseorang itu,ada yang buat kenduri panggay 500 orang saja ,ada yang panggay sampai ribu-ribu,cara buat kenuri pun beza jugak ada yang buat pakai ketering,ada pakai pakat kenduri kampung,tapi bagi kebanyakan orang kita yang hidup di kampung  depa ni buat guna pakat kenduri kampung.apa resenal nya kedua -dua perkara ni.
   katering
        ketering ni dia kena guna banyak duit pasai geng yang buat ketering tu kira kepala ,satu kepala ada yang RM 5,ada Hat RM7,ada hat RM8 kira macam-macan harga ,yang baguihnya ketering ni tuan kenduri tak payah nak pikiaq pasai lembu,kerbau,bawang ,rempah dan sebagainya cuma satu yang kena pikiaq pulus dan panggay orang makan kenduri,orang kampung pun lega sikit takyah susah-susah nak pi pagi hirih daging dan pi masak nasik,cuma cukup waktu pi makan saja,geng yang buat ketering ni macam mana dia nak tau berapa kepala mai?cara dia mudah ja orang reja dia pi hantak pinggan sekali 50 biji habih dia hantak lagi kalau 10 kali hantak dah 500 kepala dia kira,kebanyakan tuan kenduri yang buat ketering ni depa tak masuk pakat kampung ,nak kata tak masyarakat dak juga .tapi munkin dia pikiaq tak penting kot,jug.a yang guna ketering ni depa yang duduk di taman-taman yang rata -rata penghuni taman orang dari kawasan luak dan sebok,jadi depa tak dan nak tubuh pakat kenduri,lagi satu orang taman ni tak bermasyarakat bukan semua taman setengah -setengah ja
     kenduri pakat
kenduri pesen ni selalunya dibuat orang kampung.kenduri pesen ni renyah sikit tuan rumah ,sebelom buat kenduri  dia kena panggay mesyuarat dulu,mesyuarat nak buat kenduri.tujuan mesyuarat ni kerana nak ambik tau apa barang nak kena beli berapa banyak untuk cukup dengan panggaylan.pas tu nak kena bahagi tugas pulak ada yang kena masak ada yang jadi mentara ,jadi tukang bancuh ayak,jadi penyambut tamudan banyak lagi lah.pas tu nak kena tau gak nak masak lauk apa ,nak bancuh ayak apa,koi berapa nak makan,nak jamu apa kat orang reja,hari apa nak diri khemah,berapa biji khemah semua depa bincang,kenduri pesen ni bukan saja buat kenduri tapi orang kampung ambik kira silaturrahim, pasai apa aku kata lagu tu?cua hampa pikiaq tengok kalu tak buat macan tu masa bila dapat berjumpa .bersembang melawak antara masyarakat kampung ,bukan senang oooi nak jumpa sahabat kita walau pun duduk sekampung ,maklomlah semua sibok ,masa nilah dapat kita jumpa kira-kira 3 hari .
1 hari pasang khemah bagi hat jantan hat pompuan besiang bawang dan goreng ayam tak ketinggalan jugak mengupat (melawak saja)selalunya sari sebelom kenduri
2 hari kenduri,dari pagi sampai dekat nak malam ada rumah kenduri
3simpam khemah hat jantan hat pompuan lap pinggan
   kenduri pesen ni pon ada juga kat taman -taman terutama taman sebelah kedah utara dan perlis,kalau di pineng aku rasa tak dak dah,
 kenduri pesen ni pon ada dua cara jamuan 1 pesen dulu, beridang. pesen ni orang reja balik rumah tidok tak beralik telampau letih,tapi kebanyakan la ni depa pakai cara layan diri tak terok sangat orang reja ,
 kenduri pakat ni aku cukup mahiak pasai aku adalah orang terpenting dalam pakat kampung aku,makna dia aku mesti kena ada kalu aku tak dak orang nampak sangat.
  dulu khemah knoopi ada 2 warna saja iaitu putih dan biru, lani ada 3 kala pulak putih ,hijau dan biru .hampa tau kot pasai apa .
      Tapi apa cara sekali pun, tujuan tu adalah utama ,nak bagi orang makan dan nak meraikan pengantin baru atau sebagainya,tapi dalam dok seronok buat kenduri jangan sampai membazir dah la,ni bila nak kenduri habaq  3000 orang kata nak mai ,perebah lembu 3 pikui punya saiz ,ni maknanya lauk kena siap 6 kawah ,nasik 10 kawah pecahan dia lagu ni 1 kawah lauk boleh makan 500 orang ,1 kawah nasik makan 300 orang ,las yang mai 100 orang berapa kawah lauk lebih,berapa kawah nasik kena tauk.aku kata lagu tu bukan apa pasai penah jaditempat aku,tu yang aku tau.buat kenduri ni yang elok sekali kenduri habis  lauk habis kalu nak tinggai pun sikit saja,ni baru ok.
       la ni ada satu pesen lagi nak jangkit kat orang utara terutama orang kampung ,buat kenduri dekat dewan ,panggay orang jauh orang sebelah umah tak kena panggay pun,pesen ni aku habaq bagi tuan kenduri tu tak bedunia dengan masyarakat,hampa tau ka apa tu bedunia,kalu hampa tak tau hampa bukan dari golongan orang utara,
     sampai sini dulu aku nak buka blog politik pulak
      wasalam
                                  istila utara
tak masyarakat/tak bedunia = tidak bercampur gaul dengan masyarakat

pikui = (pikul) ukuran berat =60 kg unt 1 pikui

Tiada ulasan: