utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Sabtu, 5 Mei 2012

SAPA MAKAN CABAI DIA YANG RASA PEDAS

 Baru-baru ni aku tengok berita tv3,maka macam biasalah pada peringkat awai tu mesti dan wajib kena bubuh kisah perdana menteri ,maka aku pun tengok lah ,Perdama menteri DS Najib Razak pun berkata berkaitan demo Bersih 3.0 .hampa tau apa yang dia kata?
   DS Najib kata pembangkang cuba jatuhkan kerajaan dengan demo(guling kerajaan)aku nak tanya hampa ,hampa tau dak apa dia tuntutan bersih tu,? yang aku tau kesemua 8 tuntutan bersih 3.0 tu tak sangkut pun dengan kerajaan,cuma depa ni buat demo minta SPR  tunai tuntutan depa ,pilihan raya yang adil dan bersih,yang najib dan menteri-menteri takut sangat tu pasai apa ,awat depa keja dengan SPR ka ?
   bagi aku memang pembangkang nak jatuhkan kerajaan,tapi dalam pilihan raya. bukan macan hat Najib kata tu,la ni yang jadi masaalah bila SPR tu tak adil dan berat sebelah, macam mana pembangkang nak bagi kerajaan jatuh,sampai bila pun tak jatuh kalu SPR berat sebelah ,belah hat dia berat mesti dia bagi menang.
bila aku kata lagu tu. ada pulak orang kata kalau tak adil macam mana Kedah P,P selangor dan kelantan jatuh kat pembangkang, dalam bab ni aku nak habaq bagi kat hampa, hat ni kemenangan pembangkang terlalu banyakundi dapat, dia buat kot mana pun dok lebih undi kat pembangkang jugak,kira 5,6 kali pun boleh pembangkang ,masukkan undihantu pun lebih pembangkang jugak,apa lagi?kira buat macam -macam  dah! ,pusing kalih lipat semua dok lebih belah pembangkang jugak ,jadi terpaksa kena istihar la ,
 ni aku bagi 8 tuntutan bersih hampa tengok elok-elok ada kena kat kerajaan dak.
   
  1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
      (awat susah sangat ka nak buang nama orang mati)
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
(awat tak boleh ka polis & tentera undi sekali dengan kita,kalu depa tak tugas)
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
( hat ni satu ja dia kata nak buat,,dia baru kata! mana ,tau jadi macam dulu tau-tau tak jadi buat, hangus 3,4 juta)
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
( alah bukan lama sangat pun, bagi can kat pembangkang nak kempen sat, umno kempen tiap2 hari dlm tv)
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
(hat ni tak leh bagi ka?,depa dok kata pagi petang siang malam dalam tv,kasi can jawab balik sama .janagn cakap sorang-sorang)
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang
(hat ni semua berat sebelah tak leh bagi adil ka,sana rakyat sini pun rakyat).
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
(hat ni kot kena sikit kat kerajaan,,awat tak dak rasuah ka di negara kita ni,belambak kot)
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotors atau mengundi lebih awal


(hat ni kena semua pembangkang dan kerajaan, takkan hampa tak suka)




ha ! macam mana ada ka kena kat umno ka ,mic ka ,mca ka atau kompunen bn ka. tak dak kan ? ha tu pasai pa dok kalut  dengan bersih 3.0 ni, biak pi la depa nak demo kat SPR .tapi bila semua tuntutan kena kat umno maka dengan itu Umno menentang sekeras-kerasnya ,kalu SPR ikut semua tuntutan ni alamat UMNO berkubok la ,tu la pasai .
wasalam.........

Tiada ulasan: