utaraindah@yahoo.com
SELAMAT DATANG....dengan "UTARA INDAH" anda akan dapat membaca banyak blog-blog popular disini tiada gangguan dari iklan dan bunyi,TERUS SETIA BERSAMA BLOG INI TQ

Isnin, 21 Mei 2012

SEJARAH TERCIPTA



Sejarah tercatat di padang kota pulau pinang (19 mai 2012) apabila azan berkumandang dan sembahyang magrib serta isyak berjemaah diadakan,di padang kota lama sempena progrem pengguna pulau pinang 2012 antara tokoh yang bersama dalam progrem tersebut ialah Ustas azhar idrus,Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman,
    dalam era pemerintahan BN,padang kota lama akan menganjurkan progrem berunsur hiburan yang melalaikan,tempat ni jugak tempat anak muda bercenkerama ,namun kerajaan negeri yang dipimpin DAP yang anti islam depa kata, dengan kerja sama exco agama,perdagangan dalam negeri dan hal ehwal agama haji Abdul Malek abdul Kasim berjaya mengumpul ribuan manusia mai .
   depa dengar persembahan dari Bob Lokman, Ali XPDC,sham kamekaze,jon spring , Asraf Iman muda serta ustas yang dikenali ustas You tube,ustas Azhar idrus,
   depa para artis tu semuanya gembira pasai orang ramai pakat mai ,ditempat dimana depa pernah buat persembahan satu ketika dulu,
    semasa pemerintahan BN yang perjuangkan islam sangat katanya tak pernah buat pun benda macan ni pasai tak sesuai dengan islam,yang sesuai dengan islam buat progrem hiburan,kah,kah,kah
  hat ni nak habaq kat hampa nama dia anti islam pasai boleh sembahyang magrib dan isyak berjemaah,golongan rock yang kita tengok macam tak tau apa,la ni depa dah kenai dengan islam dan depa ni boleh bersama dengan ustas-ustas,
   BN ni dia yang tau pun dok kira nak tarik tauliah Ustas Azhar idrus pasai boleh tarik puak muda sembahyang berjemaah,apa punya bangang?
  ali XPDC juga menyampaikan lagu-lagu bertema ketuhanan hasil ciptaan ustas Azhar Idrus sendiri para hadirin jugak dapat mendengak jawapan dari solan yang ditanyakan,depa jugak dapat membeli barang yang dijuai disitu




                      
                                    tazkirah ustas Azhar Idrus
Wasalam

Khamis, 17 Mei 2012

APA KHABAR ORANG FELDA

salam semua?
   baru-baru ni PM Najib Razak mengumumkan durian runtuh untuk peneroka,kalu orang kita dia tak panggay runtuh panggay durian reban,lega orang felda satu keluarga dapat RM 15.000,sesuai sangatla dengan keadaan Felda belah kita utara ni semua pokok getah dah kena reban, felda bukit tangga ,lubuk merbau,rimba mas mata ayer dan ada lagi satu dua hat aku tak sebut manakala felda yang dok tunggu nak kena reban ,hat aku tau setakat ni ialah felda laka selatan, felda batu lapan dan felda guar napai.semua peneroka yang mana pokok depa kena reban,dapat lagi duit,kali ni duit sara hidup RM 1200 sebulan.dan pengumuman terbaru peneroka dapat hadiah yang paling lumayan  iaitu di HARAM JADAHkan oleh perdana menteri,
    HARAM JADAH pada yang tak bersetuju dengan penyenaraian FGVH ke bursa saham,cua hampa pakat pikiak tengok patuk ka sorang perdana menteri mengHARAM JADAHkan rakyat yang tidak setuju dengan cadangan dia,takkan apa hat dia kata semua kena ikut,kita ni manusia ALLah bagi akai dan pikiran untuk kita nilai baik dan burok,jadi perbezaan pendapat adalah lumrah, sepatutnya tak boleh kata keluak perkataan macam ni,pasai dia tu PM
    walau bagai mana pun biak pi la kat dia,maklomlah orang buang tabiat memang macam tu,tapi ada lagi sorang bekas menteri betina ni tambah lagi,yang baik dia ni tak kata HARAM JADAH ,tapi dia perambat keluak dari felda sapa-sapa yang tak setuju FGVH dibursa sahamkan,aku nak bagi tau kat hampa peneroka semua,Felda ni bukan hat depa ,bukan juga hat tok wan tok ngang depa .hat laki mak tiri tok dia lagi la bukan ,kalau semua tu bukan, pasai apa dok perambat orang ,
    sebagai peneroka hampa kena tau sebab-sebab yang boleh terkeluak dari felda ,cua hampa pi tanya pengurus rancangan hampa, syarat-syarat yang boleh ditendang keluar dari felda,kalau takdak kata bantah penyenaraian FGVH  boleh kena tendang keluar,apa hampa takut,satu lagi hampa tengok kalau sokong pembangkang boleh lucut ka peneroka? kalau tak dak jugak , apa tunggu lagi ? pi markas pas ka, keadilan ka ambik bendera pacak depan pejabat felda hampa,ada berani ka?
    walau apa pun aku kata ni dalam senda gurau sikit-sikit,ada jugak kebenaran hat aku habak kat hampa,hampa kena pikiak tengok 
    1) bolehkah seorang perdana menteri mengHARAM JADAHkan rakyat? 
    2) hampa cukup makan ka dengan RM1200 sebulan ,dalam keadaan la ni?
    3) cua hampa kira tengok hutang mula mai Felda dengan hutang tanam semula yang mana lebih?
    4) patutka tanah yang hampa usaha dah lama tau-tau dia nak perambat hampa?
    5) betui ka saham ni tak rugi,boleh caya ka?
 cukup takat lima soklan dah, kalu aku bagi banyak hampa lagi pening pala
wasalam

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

    SELAMAT HARI GURU buat insan mulia yang bergelar cikgu,dari sekolah rendah hingga peringkat tinggi sama ada kerajaan atau swasta ,sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan,semuanya adalah insan mulia yang telah mendidik anak bangsa menjadi insan berguna,jasa kalian akan dikenang sampai bila-bila ,kepada guru yang masih berkhidmat hari ni banyaklah hadiah dari anak murid cikgu!kepada yang telah bersara tu jarang-jarang dapat hadiah, tetapi depa ni  jugak dari kalangan cikgu" SELAMAT HARI GURU",kepada yang telah pergi untuk selamanya Alfatihah di hadiahkan,semoga roh depa ditempatkan bersama para suhada,
    kepada depa hat penah mengajak aku "SELAMAT HARI GURU"
        CIKGU YAHAYA -1975 
         CIKGU ABDDULLAH
         CIKGU SHAM SAADAN SOLLEH
         CIKGU RANI
DAN BANYAK LAGI YANG AKU TERLUPA NAMA(1975-1980) SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGLON/SEK KEB DATO WAN KEMARA,
         CIKGU HARUN 
         CIKGU HUSSIN 
         CIKGU ZAINAL ABIDIN HASSAN
         CIKGU CHEAH
         CIKGU HASNAH
         CIKGU JOHARI
         CIKGU FATIMAH 
 DAN RAMAI LAGI YANG AKU DAPAT INGAT RUPA TAPI LUPA NAMA( 1981-1986) SEKOLAH MENENGAH CHANGLON
         
                                        JASA MU TETAP DIINGATI 


wasalam
         utaraindah.blogspot.com

Selasa, 15 Mei 2012

D,S NIZAR JAMALUDIN PI CEAMAH UMNO,MASUK UMNO APA?


                         


Datuk Seri Nizar Jamaludin bekas menteri besar perak,pi ceramah anjuran umno bahagian kampar,yang bertajuk NIZAR PEMBOHONG BERSIRI ,hampa kenai dak dengan D,S nizar ni? ,kalu tak kenai pun mesti penah dengak nama dia,mamat ni pon haru gak dah elok-elok dok dalam pas pasai pa pi dok dengan umno plk,kalu hampa nak tau sat gi aku habaq kat hampa.
    macam selalulah bila pihak pembangkang nak buat ceramah ,geng umno pun buat ceramah dekat -dekat situ jugak ,tujuan depa buat tu bukan pasai apa ,pasai nak kacau ceramah pehak pembangkang,tapi kali ni lain sikit ceramah nizar dan pihak umno tak jauh mana pun lebih kurang 150 m saja ,tajuk ceramah umno memang hangat "nizar pembohong bersiri"jadi nizar pun pi ceramah umno ni ,dia pi teruih naik ke pentas  pas tu duduk pulak satu meja dengan penceramah umno,masa mola dia sampai tu bekas ketua penerangan PKR Hanapiah Man tengah dok mengata kat dia,tau-tau Nizar cuih mai,hampa tau apa jadi kat hanapiah man?
      sayugia dimaklomkan hanapiah man,terkejut,dan teruih tukak tajuk plk,tadi dok elok-elok mengupat DS Nizar,tau-tau tukak pi tajuk Ambiga dan Anwar plk,kalu dah betoi Nizar pembohong bersiri teruih pi la apa nak takut,betoi dak?semasa di meja utama Nizar duduk sebelah Ketua Umno bahagisn kampar,Datok Radzi.
datok radzi ada berbisik kat Nizar suruh balik,dia kata ,kalu orang umno pi ceramah nizar,tentu nizar tak suka,
nizar jawab dia kata ,dia lagi suka pasai senang sikit nak bagi maklumat kat orang umno.
    cerita ni aku ambik dari internet,dan aku olah dalam loghat utara kalu ada perbezaan tu ,biasalah ,loghat utara kan hampa tak tau,jadi kesimpulan hat aku nak habaq bagi di sini jangan sekali-kali dok mohong sangat,kalu nak mohong jangan buat ceramah dekat-dekat,dok perak mohong orang johor tak pa,ni dak kawan tu ceramah didepan kita ,cari pasai nak mohong lagi,ni nama dia cari penyakit,kah,kah,kah.
    ni aku nak tanya hampa , agak-agak la kalu tengah anwar ibrahim ka,nizar ka,mat sabu dan lain-lain ceramah dok kata kat najib,berani dak najib nak pi dok pentas utama tumpang sekaki dengak orang kata kat dia?aku berani kata najib tak pi punya,hat ni aku kata ,mana tau dia berani.aku takut jugak,satni dia saman mana nak cari duit nak bayak,jenoh motong aku,kah,kah,kah




jom tengok gambak


tu hat tesengih nampak gigi tu la nizar
             

Isnin, 14 Mei 2012

HARI IBU

salam semua!
    kita sedia faham dan maklom pasai hari ibu ,hari ibu ni jatuh pada 13 may pada setiap tahun,apabila sampai tarikh ni banyak hadiah yang akan diterima oleh ibu dari anak depa,ada yang bagi rumah ada yang bagi intan berlian ada yang bagi kereta  ada yang bagi gerek elektrik,dan macam-macam ;lagi hadian akan diterima mak depa ,atas sebab sayang pada mak depa
    bila kah hari ibu yang sebenarnya ? hampa mesti kata 13 may ,satu perkara yang aku nak sebut disini hari ibu sebenaknya bukan jatuh pada 13 may tetapi hari ibu adalah sepangjang masa perlu disambut,makna dia kita tidak boleh sambut pada satu hari tertentu sahaja .apakah hanya satu hari saja untuk kita mengigati ibu atau mak kita ia mesti pada setiapa hari ,dan tak perlu nak bagi hadiah atau sebagainya pada 13 may sahaja ,hari apa pun boleh,
  hari ibu sebenaknya adalah sambutan dari orang-orang bukan islam ,depa sambut hari ibu adalah sempena ibu kepada dewa-dewa depa,jadi takkan kita nak ikut depa,golongan ni depa tidak begitu menghormati ibu dan bapa depa .depa ni anggap mak dan bapak depa sama macam orang lain jugak,istilah hormat atau surga ditelapak kaki ibu mana ada kat depa,pasai tu depa boleh buat macam-macam kat mak pak depa,kita yang berugama islam mana boleh buat lagu tu.
    bila adanya hari ibu juga membuatkan mak -maak yang tidak dapat hadiah ataupun anak -nak tak balik jengok dia..mulalah mak-mak ni akan berasa kecik ati,sebab tu dalam islam tak dak hari ibu,pasai jadi lagu ni la.nak habak bagi,hari ibu dalan islam adalah pada 1 januari hingga 31 disember tak dak terkecuali ,.kalaau berkecuali dikira anak derhaka la tu.,dengan adnya hari ibu jugalah anak-anak akan berkunjung kerumah orang-tua-tua ,dimana mak depa ada situ,tanda kasih sayang la katanya,kasih sayang tekorang dia apa,tak bela mak bagi orang bela,kalau macam ni punya cerita aku ingat tak payah sambut hari ibu. mak kita pun tak rasa sedih dan kecik ati,kita balik bila pun tak timbui masalah,ni kalau tak balik 13 may tarik muka la orang tua kita,
     akhir sekali aku nak bagi tau semua  yang melawat blog aku ni supaya jangan sambut hari ibu pada tarikh tertentu saja ,pasai dia boleh bawa pada dosa ,
     sekian wasalam,

Rabu, 9 Mei 2012

MANUSIA TERTUA DI DUNIA

salam hormat semua,
   hampa tau dak sapa paling tua di dunia ?aku pun tak tau jugak tapi bila aku cari dalam enternet aku jumpa orang yang direkotkan paling tua ialah Jeanne Calment dilahirkan pada 21 fabruari  1875 dan meninggal pada 4 ogos 1997 pada usia 122 tahun 164 hari. ini rekot manusia yang paling tua pernah direkotkan..tapi dalam diam kita semua tak tau yang orang yang paling tua didunia adalah dari malaysia,awat tak caya ka ?sungguh bukan tipu,n ama dia Wong Kwan Moy no i/c (lama)4498480 (baru)530823040010 di lahirkan pada 23 augos 1853
cua hampa kira tengok berapa umuk dia?2012 - 1853 = 159 tahun ,wau dashat betui la orang tua ni ,dia masih ada sampai hari ni dan dia boleh mengundi pada PRU 13 nanti .tu cua tengok daftar pemilih SPR.kalu hampa tak puas hati lagi ,hampa boleh semak sendiri dengan SPR dengan klik disini
 apa macam dah semak betui kan? persoalah lani betuika dia masih hidup ?atau munkin sudah mininggal dunia ,yang jadi masaalah sekarang ni macam mana dartaf pemilih masih ada nama dia ,ni maknanya bila sampai hari mengundi orang lain boleh mai undi atas nama dia ,pasai kad pengenalan perkara biasalah  dalam masa satu jam boleh buat benda remeh cam tu,hat ni la orang panggay pengundi hantu ,kalau hampa naktau ,makna dia orang yang sebenaknya tidak ujud tapi ada orang lain mengundi bagi,bukan hantu macam gambak P ramli mai undi.
      ini adalah satu bukti yang SPR tu tak adil Nama dia .dan hat ni juga termasuk dalam salah satu dari tuntutan bersih. cua hampa pakat pikiak tengok betui dak hat aku kata tu.ni baru satu ada lai ribu-ribu kes macam ni dalam daftar pemilih,
    wasalam.....







Sabtu, 5 Mei 2012

SAPA MAKAN CABAI DIA YANG RASA PEDAS

 Baru-baru ni aku tengok berita tv3,maka macam biasalah pada peringkat awai tu mesti dan wajib kena bubuh kisah perdana menteri ,maka aku pun tengok lah ,Perdama menteri DS Najib Razak pun berkata berkaitan demo Bersih 3.0 .hampa tau apa yang dia kata?
   DS Najib kata pembangkang cuba jatuhkan kerajaan dengan demo(guling kerajaan)aku nak tanya hampa ,hampa tau dak apa dia tuntutan bersih tu,? yang aku tau kesemua 8 tuntutan bersih 3.0 tu tak sangkut pun dengan kerajaan,cuma depa ni buat demo minta SPR  tunai tuntutan depa ,pilihan raya yang adil dan bersih,yang najib dan menteri-menteri takut sangat tu pasai apa ,awat depa keja dengan SPR ka ?
   bagi aku memang pembangkang nak jatuhkan kerajaan,tapi dalam pilihan raya. bukan macan hat Najib kata tu,la ni yang jadi masaalah bila SPR tu tak adil dan berat sebelah, macam mana pembangkang nak bagi kerajaan jatuh,sampai bila pun tak jatuh kalu SPR berat sebelah ,belah hat dia berat mesti dia bagi menang.
bila aku kata lagu tu. ada pulak orang kata kalau tak adil macam mana Kedah P,P selangor dan kelantan jatuh kat pembangkang, dalam bab ni aku nak habaq bagi kat hampa, hat ni kemenangan pembangkang terlalu banyakundi dapat, dia buat kot mana pun dok lebih undi kat pembangkang jugak,kira 5,6 kali pun boleh pembangkang ,masukkan undihantu pun lebih pembangkang jugak,apa lagi?kira buat macam -macam  dah! ,pusing kalih lipat semua dok lebih belah pembangkang jugak ,jadi terpaksa kena istihar la ,
 ni aku bagi 8 tuntutan bersih hampa tengok elok-elok ada kena kat kerajaan dak.
   
  1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
      (awat susah sangat ka nak buang nama orang mati)
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
(awat tak boleh ka polis & tentera undi sekali dengan kita,kalu depa tak tugas)
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
( hat ni satu ja dia kata nak buat,,dia baru kata! mana ,tau jadi macam dulu tau-tau tak jadi buat, hangus 3,4 juta)
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
( alah bukan lama sangat pun, bagi can kat pembangkang nak kempen sat, umno kempen tiap2 hari dlm tv)
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
(hat ni tak leh bagi ka?,depa dok kata pagi petang siang malam dalam tv,kasi can jawab balik sama .janagn cakap sorang-sorang)
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang
(hat ni semua berat sebelah tak leh bagi adil ka,sana rakyat sini pun rakyat).
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
(hat ni kot kena sikit kat kerajaan,,awat tak dak rasuah ka di negara kita ni,belambak kot)
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotors atau mengundi lebih awal


(hat ni kena semua pembangkang dan kerajaan, takkan hampa tak suka)




ha ! macam mana ada ka kena kat umno ka ,mic ka ,mca ka atau kompunen bn ka. tak dak kan ? ha tu pasai pa dok kalut  dengan bersih 3.0 ni, biak pi la depa nak demo kat SPR .tapi bila semua tuntutan kena kat umno maka dengan itu Umno menentang sekeras-kerasnya ,kalu SPR ikut semua tuntutan ni alamat UMNO berkubok la ,tu la pasai .
wasalam.........

MUDA MENGAKU TUA

assalamualaikum,dan salam sejahtera?


rasa pelik dak kalu orang muda mengaku tua? selalunya yang tua mengaku muda,tapi hat aku nak bagi tau kat hampa betui-betui punya,aku ingat mat arok ni buang tabiat kot,umuk dia yang sebenaknya baru 25 tahun ayah dia mati pada umuk 41 jadi kalu campuk umuk anak dan umuk ayah jadilah 66 tahun,kisah dia macan tu la .dia habak kat orang umuk 66 tahun ,akai ada ka?
        ds Najib Razak ,mengatakan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran sempena sambutan ulang tahun UMNO ke 66 ..betui ka 66 tahun? aku heran sungguh la 2012-1988 = 66. betui ka,? hampa kira tengok aku kira banyak kali dah tapi tak dapat 66,mat arok ni kira lagu mana fomula matamatik mana dia pakai..
     UMNO hat hampa dok bangga sangat tu sebenaknya dah berakhir riwayatnya pada usia 41 iaitu pada tahun 1987,kerana perebutan kuasa antara DS dr Mahathir dan tengku Razaliegh Hamzah.dan pada tahun 1988 depa pakat daftar balik UMNO, tapi kali ni umno kena guna pakai nama ( UMNO(BARU) )
tapi pasai nak bodahkan pengikut dan rakya,t sengap-sengap buang perkataan BARU,jadi penyokong kuatu umno  yang tak tau apa -apa maklumat dok kata Umno hat tu la ,kalau hampa kata umno la ni umno hat dulu jugak ,aku tak tau nak kata apa dah pasai umno dulu mahkamah istihar tak sah (kalau tak sah makna dia haram la ) hampa lupa ka ?kalau hat muda -muda  tu  memang  hampa tak tau pasai umno tak penah habak pun.
   matematik hat aku kira 2012-1988 =24 kalu umuk baru 24 tahun baru lepas baligh pasai tu dia cakap tak serupa bikin,jadi kesimpulan aku nak habaq kat hampa semua apa saja hat menteri kata kena pikiaq dua tiga kali kalau ikut bulat-bulat alamatnya kita diperbodohkan ,depa gelak besak ,makan besak,cincin besak,beg tangan besak bini artis besak,semuanya besak ,hampa dapat apa ?angan-angan besak ja la.
     aku bukan marah kat umno ni ,biasala. tapi kalau nak tarik ramai orang mai perhimpunan atau nak tarik undi  sekali pun tak bolaeh ka cakap hat betui,ni dok bohong  segala.,hampa tau ka apa hukum bohong ? boleh ka pilih orang bohong jadi ketua? 
     akhir sekali hari undi dah tak berapa jauh dah,kita kata!!! depa kata! lambat lagi, nuuu!! bulan 3 tahun 2013 baru habih edah,bila sampai tempat undi, sebelom pangkah rehat sat pikiar kali terakhir hat mana baik hat mana tak baik,hat mana rasuah hat mana tak rasuah,hat mana kaya melana pakai duit kita hat mana tak kaya tak pakai duit kita.hat mana kalu menang kita boleh beli barang murah sikit dan hat mana kalu menang barang naik harga seluloi.
          sekian wasalam.

Jumaat, 4 Mei 2012

SEJARAH TERPINGGIR

 salam semua?
kali ni aku nak kabaqkan pasai satu sejarah yang tidak ada dalam mana-mana buku sejarah
    KESAN TINGGALAN P.K.M (PARTI KOMUNIS MALAYA) yang ni adalah setor simpanan barangan keperluan ,dulu masa mola-mola aku sampai pintu stor ni ada lagi,pintu dia dibuat dengan besi,tapi semenjak -dua menjak besi buruk mahai,depa sapu bersih.
hat ni adalah gambak pintu masuk torowong ,aku tak pernah masuk terowong ni pasai aku seram sangat,kat dalam tu gelap gulita.aku pernah jumpa dengan orang yang pernah masuk depa kata dia akan keluar sebelah sana bukit,di penghujung terowong ni depa kata ada pagak besi,


ni gambak budak-budak yang pi  dok dalam stor,keadaan dia gelap tapi camera ada flash nampak cerah la..ada hampa kenai ka?salah sorang dari depa tu.
       gambak bawah ni adalah tulisan yang tertera di siling stor,aku nampak macam tulisan cina,tapi tulisan dia tak berapa jelas ,maklomlah dah berapa lama dah 




ni pakat jalan nak pi stor,dalam perjalanan tu jumpa satu lagi trowong ,tapi hat ni  dah tekambuih dah ,cuma ada lubang kecik ,bila di suluh rupanya trowong ni sama besak dengan trowong hat tadi,besak dia boleh masuk dengan kereta
          semua yang aku tunjuk ni adalah kawasan perlombongan bijih kachi yang terletak di Bukit Kachi Sintok Kedah,ramai orang kedah tak tau tempat ni,orang yang berdekatan pun ramai tak tau .
bijih kachi adalah bijih besi,jarak untuk sampai di trowong ni lebih kurang 10 km dari UUM,dulunya terletak dalam hutan tebal tapi la ni kawasan pinggirnya telah diteroka secara haram ,dan besak kemunknan tak dak dah terowong ni ,walaubagaimanapun aku nak pi sekali lagi dalam waktu terdekat sama ada masih ujud atau sudah tiada
    kalau nak diikut kan di kawasan ni ada banyak terowong ,tapi macan hat aku kata tadi la, semua dah musnah,ada juga yang kata lombong ni ada kebenaran dari pihak kerajaan ,aku tak nafi benda ni tapi satu soalan yang timbui dalam pala hotak aku.,pada zaman tu mana ada sapa boleh sampai tempat ni ,pasai tempat ni adalah kawasan komunis bergiat aktif ,aku juga mejangkakan tempat ni salah satu dari tempat pancaran siaran radio komunispada satu ketika dahulu, rodio ni dinamakan radio malaya peking,aku masa kecik dulu dalam tahun 70 an ,selalu aku dengar radio ni , dia kurang jelas ,kebanyakan DJ dia wanita,bertutur dalam bahasa melayu tapi pelat cina ,lagu yang masih aku ingat dipasang masa tu lagu lenggang-lenggang kangong,
     radio ni selalu akan menceritakan pertempuran antara mereka dengan pihak keselamatan kita ,mereka memanggil anggota keselamatan kita dengan perkataan anjing kerajaan,sebagai contoh dia akan kata "pehak kita telah membunuh 7 anjing-anjing kerajaan"pada pemimpin negara mereka memanggil klik raman razak.ni maknanya menteri dibawah pimpinan tuanku abd RAhman dan Tun Razak,kawasan pertempuran  yang selalu dilaporkan dalam radio ni hanya 3 kawasan yang aku ingat iaitu SINTOK,BALING dan BANDING
 radio ni sentiasa berubah -ubah frikuansy,jadi aku dulu kalu malam, pusing siaran radio nak cari siaran last-last jumpa radio ni, radio dulu mana ada digital semua kena pulas,
     pada pengunjung yang nak tau lebih lanjut pasai radio ni boleh tanya orang tua-tua yang tinggal di kawasan berhampiran dengan kawasan kuat komunis iatu ,Perlis,changlon kodiang,baling dan kawasan grik perak.kalau hampa tanya orang berumuk lebih dari 60 tahun depa ni lebih arif pasai radio ni., tu pun kalu depa penah dengak,!
      berbalik pasai gambak di atas tadi,aku nak bagi tau kat hampa semua hat dok baca ni,depan terowong tu ada bekas konkrit dari simen tapi straktur binaan dah ghreban dah tinggai serpihan saja ,lebih kurang  150meter dari terowong ni ada kawasan penenpatan pasai apa aku kata kawasan ni kawasan penenpatan .pasai kawasan ni ada lagi tiang dan tapak bagunan serta serpihan simen,apa yang penah aku jumpa kat tang tu adalah batu proses beras/tepung ,batu sama macam batu orang tua kita dulu buat tepung hat kena pusing tu.boleh tau kot?lebih senang batu pengisak tepung,tapi hat ni saiz dia besak aku ingat 6 kaki ada pa. .terdapat di situ juga sebiji kolam dari simen,serta serpihan pinggan mangkok dan botol-botol,tapi semuanya made in china,termasuk botol-botol ubatan ,tarikh yang pernah aku jumpa di botol yang aku kutip bertarikh 1921.dan botol dia pulak tak macam botai la ni,botoi depa unik sikit  ada segi-segi ada 6 segi,ada 8 segi ,ada yang melengkong dan macan-macam lagi la.
                bagi sapa sapa yang ada kot dekat dekat Sintok ,changlon,kodiang dan bikit kayu hitam kalau hampa tak pi masa la ,aku rasa hampa rugi pasai apa bukan senang nak boleh tengok benda macam ni,kalu ada sapa-sapa nak pi ,tapi tak tau tempat boleh email aku :-taraindah@yahoo.com
             

Khamis, 3 Mei 2012

cantiknya

                                sapa pernah sampai tempat ni?

lokasi dia dalm rimba belantara ,cara nak pi kena guna kenderaan 4X4 taupun naik moto yang lain jangan harap.sapa nak try pi jom kita pakat pi ramai-ramai.sejuk habaq kat hampa ,tempat tak dibuka sebagai tempat peranginan,.tempat peranginan mana ada ayak terejun tinggi macam ni, hat ni aku perasan tinggi dia dua kali pokok nyok hat tinggi sekali.awas pada yang takut pacat pasai pacat banyak,lokasi dia ada kat kedah utara
aku ambik gambak guna talipon masa aku pi 2 tahun lepas ,nak pi tidok sana pon boleh tapi kena bawak kain gebak kalau tidak sejuk la alamat dia. pi tang ni selesai masaalah buat seketika ,pasai nak ingat apa lane tipon pun tak dak.nak maklumat lebih lanjut Emel mai = utaraindah@yahoo.com
                               

Rabu, 2 Mei 2012

KENDURI OH KENDURI

Salam semua?
    Cuti sekola mai lagi ,macam biasa lah bila sekolah cuti mula orang kita pakat sebok buat kenduri,macam-macam kenduri ada , kenduri kahwin anak dara ddengan anak teruna,antara bujang sama bujang ,( istilah orang utara makna dia depa yang pernah nikah dan bercerai tak kira jantan atau betina orang utara pukoi bujang belaka.kalau ikut belah selatan depa panggay janda dan duda) macam-macam lagilah kenduri yang ada,
     kenuri ni ikut kemampuan seseorang itu,ada yang buat kenduri panggay 500 orang saja ,ada yang panggay sampai ribu-ribu,cara buat kenuri pun beza jugak ada yang buat pakai ketering,ada pakai pakat kenduri kampung,tapi bagi kebanyakan orang kita yang hidup di kampung  depa ni buat guna pakat kenduri kampung.apa resenal nya kedua -dua perkara ni.
   katering
        ketering ni dia kena guna banyak duit pasai geng yang buat ketering tu kira kepala ,satu kepala ada yang RM 5,ada Hat RM7,ada hat RM8 kira macam-macan harga ,yang baguihnya ketering ni tuan kenduri tak payah nak pikiaq pasai lembu,kerbau,bawang ,rempah dan sebagainya cuma satu yang kena pikiaq pulus dan panggay orang makan kenduri,orang kampung pun lega sikit takyah susah-susah nak pi pagi hirih daging dan pi masak nasik,cuma cukup waktu pi makan saja,geng yang buat ketering ni macam mana dia nak tau berapa kepala mai?cara dia mudah ja orang reja dia pi hantak pinggan sekali 50 biji habih dia hantak lagi kalau 10 kali hantak dah 500 kepala dia kira,kebanyakan tuan kenduri yang buat ketering ni depa tak masuk pakat kampung ,nak kata tak masyarakat dak juga .tapi munkin dia pikiaq tak penting kot,jug.a yang guna ketering ni depa yang duduk di taman-taman yang rata -rata penghuni taman orang dari kawasan luak dan sebok,jadi depa tak dan nak tubuh pakat kenduri,lagi satu orang taman ni tak bermasyarakat bukan semua taman setengah -setengah ja
     kenduri pakat
kenduri pesen ni selalunya dibuat orang kampung.kenduri pesen ni renyah sikit tuan rumah ,sebelom buat kenduri  dia kena panggay mesyuarat dulu,mesyuarat nak buat kenduri.tujuan mesyuarat ni kerana nak ambik tau apa barang nak kena beli berapa banyak untuk cukup dengan panggaylan.pas tu nak kena bahagi tugas pulak ada yang kena masak ada yang jadi mentara ,jadi tukang bancuh ayak,jadi penyambut tamudan banyak lagi lah.pas tu nak kena tau gak nak masak lauk apa ,nak bancuh ayak apa,koi berapa nak makan,nak jamu apa kat orang reja,hari apa nak diri khemah,berapa biji khemah semua depa bincang,kenduri pesen ni bukan saja buat kenduri tapi orang kampung ambik kira silaturrahim, pasai apa aku kata lagu tu?cua hampa pikiaq tengok kalu tak buat macan tu masa bila dapat berjumpa .bersembang melawak antara masyarakat kampung ,bukan senang oooi nak jumpa sahabat kita walau pun duduk sekampung ,maklomlah semua sibok ,masa nilah dapat kita jumpa kira-kira 3 hari .
1 hari pasang khemah bagi hat jantan hat pompuan besiang bawang dan goreng ayam tak ketinggalan jugak mengupat (melawak saja)selalunya sari sebelom kenduri
2 hari kenduri,dari pagi sampai dekat nak malam ada rumah kenduri
3simpam khemah hat jantan hat pompuan lap pinggan
   kenduri pesen ni pon ada juga kat taman -taman terutama taman sebelah kedah utara dan perlis,kalau di pineng aku rasa tak dak dah,
 kenduri pesen ni pon ada dua cara jamuan 1 pesen dulu, beridang. pesen ni orang reja balik rumah tidok tak beralik telampau letih,tapi kebanyakan la ni depa pakai cara layan diri tak terok sangat orang reja ,
 kenduri pakat ni aku cukup mahiak pasai aku adalah orang terpenting dalam pakat kampung aku,makna dia aku mesti kena ada kalu aku tak dak orang nampak sangat.
  dulu khemah knoopi ada 2 warna saja iaitu putih dan biru, lani ada 3 kala pulak putih ,hijau dan biru .hampa tau kot pasai apa .
      Tapi apa cara sekali pun, tujuan tu adalah utama ,nak bagi orang makan dan nak meraikan pengantin baru atau sebagainya,tapi dalam dok seronok buat kenduri jangan sampai membazir dah la,ni bila nak kenduri habaq  3000 orang kata nak mai ,perebah lembu 3 pikui punya saiz ,ni maknanya lauk kena siap 6 kawah ,nasik 10 kawah pecahan dia lagu ni 1 kawah lauk boleh makan 500 orang ,1 kawah nasik makan 300 orang ,las yang mai 100 orang berapa kawah lauk lebih,berapa kawah nasik kena tauk.aku kata lagu tu bukan apa pasai penah jaditempat aku,tu yang aku tau.buat kenduri ni yang elok sekali kenduri habis  lauk habis kalu nak tinggai pun sikit saja,ni baru ok.
       la ni ada satu pesen lagi nak jangkit kat orang utara terutama orang kampung ,buat kenduri dekat dewan ,panggay orang jauh orang sebelah umah tak kena panggay pun,pesen ni aku habaq bagi tuan kenduri tu tak bedunia dengan masyarakat,hampa tau ka apa tu bedunia,kalu hampa tak tau hampa bukan dari golongan orang utara,
     sampai sini dulu aku nak buka blog politik pulak
      wasalam
                                  istila utara
tak masyarakat/tak bedunia = tidak bercampur gaul dengan masyarakat

pikui = (pikul) ukuran berat =60 kg unt 1 pikui

Selasa, 1 Mei 2012

GEREK TUA

assalamualaikum?
  ari ni aku nak bercerita pasai gerek tua,aku ingat rata -rata orang utara tau natang apa gerek tua tak kira kedah.perlis pulau pinang dan perak.tapi lani seluruh malaysia dah tau apa natang gerek tua,
mula-mula aku nak cerita masa kecil dulu sapa-sapa boleh naik gerek tua kira boleh berbangga tok sah kira la.untuk nak naik gerek tua sampai cekap dia mesti melalui macam-macam peringkat ujian dari satu tahap-kesatu tahap,hampa tau dak tahap untuk naik gerek tua ni jangan -jangan anak muda lani tak penah tengok pun gerek tua.gerek tua ni kuat hampa nak tau orang tua dulu-dulu bawa padi dua guni dengan gerek tua.budak lani kalau suruh bawa padi seguni dengan menatang ni  aku yakin tak dan pi jau man pun last sekali dalam parit la jawabnya.


ok untuk permulaan nak belajak naik gerek tua dia berbeza sikit dengan belajak naikgerak lani.untuk nak naik gerek tua tahap pertama yang mesti kena lalui TUNTUN ,tau dak natang apa tuntun ni,ha,ha,ha,! ada gak hat tak tau apa dia tuntun,ni nak habak bagi tuntun tu kmaknanya kena bawea gerek tu serata kampung pegang gerek surung pi sana surung pisini latihan ni makan masa gak lebih kurang sebulan dua baru boleh pi tahap hat tinggi sikit,tapi tahap yang nak di lalui lepas ni hampa ingat dia boleh naik dah ka?dak lagi oooo.jom kita tengok apa dia level pas ni
           JENGKEK
ha,ha,ha,? buni ni pun ada yang pening pala dok pikiq natang apa,kalu budak kampung kot-kot tau sikit,tapi gerek lani tak dakdah dua level ni pasai gerek lani kecik-kecik belaka.jengket ni makna dia kena pegang hendel pas tu kaki sebelah letak atas rakap  selalunya kakikanan atas rakap kiri kaki kiri tendang tanah,tendeng dua tiga kali agak-agak laju sikit angkat kaki ,pas tu buat lagi sampai lancak ,tapi nak lancak pun banyak kubang dia terejun,tak kira kubang kebau,ayak acak, semua dia bedai.maklomlah baru jengkek,bila dah betui-betui lancak dia pi level baru plak hampa tau ka level apa pas ni ,cua teka tengok?tua ada yang kata terus naik gerek tuasapa yang kata terus naik gerek tua maknanya dia tak penah naik gerek tua la jaweabnya level seterusnya jeng,jeng,jeng


     level ni dak kira boleh menunjuk kat kawan-kawan dah,dan juga level nilah yang banyak sengsara katpala lutut,kalu tak caya cua tengok pala lutut hangpa tengok,tu bagi hat besa naik gerek tua la kalu hat naik gerek spot.dan gerek mini tak yah tengok tak pa mana parut.ada yang tau dah ka level apa?


NAIK CELAH
      Naik celah nikira hebat ni.boleh menayang kat kawan dah laju plk tu dia kayuh,aku dulu masa naik celah ni lutut aku  jarang elok parut tak dan kering  luka pulak pasai msagat batu lada ,maklomlah naik celah sebelah tangan saja pegang hendel sebelah lagi pegang galang ketiak kapit seat,macam asakar nak menenbak sekali imbas,bila gerek tu terhoyong kiri tak pa pasai kita ada belah kiri gerek kalu dia terhoyong pi kanan dalam paritla jawabnya tak pon pokok moktan biji,pokok pisang yang paling sensara masuk hutan duri kait-kait,masuk boleh keluaq kena panggay mak ayah mai tebas dulu baru boleh keluar.laaaa! pokok kait-kait pun tak tau?lain kali cerita pasai kait-kait


NAIK GALANG
    naik galang ni lagi banyak parut kat lutut kat siku dan rata-rata la senang cakap,masa di level ni mak bapak jenuh panggay suruh makan nasik,tengah hari rembang  dok kayuh geek tua lagi sampai lupa makan nasik,masa ni juga rotan selalu singgah kat belakang pasai kaki seluak belutin habih kena minyak rantai
tapi dalam level ni bebudak cukup rajin kalu mak suruh pi kedai pasti dia tak bantah punya .pasai nak tujuk kat kawan nuuu! kadang -kadang kayuh punya kayuh rakap kiri dan rakap kanan tak sampai kaki broom dalam semak bedengdak pilak pala lutut parut lagi parut naik gerek tua bukan nak hilang bawa sampai mati oooo!
aku nak terang sikit naik galang ni maknanya naik atas galan duduk atas galang,kaki tak sampai tanah punya,kalu nak turun kena pijak aci baru boleh turun.pas ni kita pi level last level ni kira dah buang (P)
kalu lesen lani
           NAIK SEAT
naik seat ni kira paling kompom la mana arang boleh celen punya masa ni kira nak buli budak -budak hat level rendah ,untuk bermula dari TUNTUN,JENGKEK. NAIK CELAH,NAIK GALANG DAN NAIK SEAT untuk menghabiskan empat level ni makan masa lebih kurang 2 tahun,bila sampai tang ni kira mak pak boleh lepas pi sekolah dengan gerek tua.dulu piu sekolah pun naik gerek moto ada sebiji dua keta jarang-jarang sekali.tak macam la 


           sampai kat ni dulu kalu sapa-sapa penah naik gerek tua dan pala lutut ada parut ,pejam mata imbas kembali tengok kenangan lama tu ,kalu ada apa nak tambah boleh hantar mai kat utaraindah@yahoo.com
dan sapa-sapa nak komem ka? nak ngupat ka?nak maki kaa(sikit-sikit dah la) nak,nak,nak,apa saja boleh yang tak boleh nak suruh belanjan makan nasik kandak,satu yang tak boleh ajak aku pi makan last dia bayak dia sorang ja ha,ha,ha,ha,...........!!!!!


WASALAM